Tuesday, 19 June 2012

Testimoni GCP 06

  • Melihat ibu yang uzur membuatkan hati saya hancur luluh dan mengenangkan tiada siapa yang menjaganya di kampung sepenuh masa makin menghiris-hiris perasaan saya, alangkah bahagianya jika saya mempunyai kewangan yang kukuh dan boleh menjana pendapatan sambil menjaga ibu yang amat saya sayangi, namun apakan daya pekerjaan kais pagi makan pagi yang saya lakukan tidak menjanjikan kemewahan, pelbagai pekerjaan sampingan saya lakukan, dari menjual kain-baju hingga menjual karipap, semuanya berakhir dengan penat yang amat sangat namun masih tidak dapat menyimpan. Ditakdirkan satu hari suami saya Najmi bin Aziz berkata "kesian saya tengok awak buat macam-macam kerja untuk membantu saya mengurangkan beban, apa kata awak cuba menjual emas" saya kata manalah saya tahu nak menjual emas, ilmu pun tiada, dan modal sudah pasti besar...emas tu" lama juga masa yang diberikan oleh suami untuk saya berfikir dan mencari-cari cerita tentang emas di sana-sini, pencarian di internet menemukan saya dengan syarikat GCP yang pada mulanya saya masuk hanya suka-suka kerana ingin membeli emas dengan harga murah dari pasaran. Memang seronok keluarga GCP ni, sebab sekali sahaja saya tanya berbagai-bagai jawapan datang dari pelbagai dealer, semua dealer sudi membantu tanpa prejudis, memang tiada paksaan dalam proses saya menjadi ahli GCP, saya sertai dengan mencari sendiri...tiada sesiapa pun memperkenalkan syarikat GCP ini pada saya, saya berdoa kepadaNya untuk menentukan dengan siapa yang saya harus sertai, akhirnya saya memilih Cikgu Zubedah untuk menjadi sifu saya, Alhamdulillah, setelah sebulan berkecimpung dan menyertai seminar percuma bersama GCP, saya telah berjaya membeli lebih dari 500gram emas dengan GCP, sudahlah harga murah penghantaran percuma lagi. Saya seronok dan bangga dengan GCP, dengan modal yang minimum saya dapat bermacam-macam gelaran termasuklah "orang kaya" dan "tokey emas" saya AMINkan sahaja doa kawan-kawan, manalah tahu ianya akan jadi kenyataan suatu hari nanti, yang paling saya sedih bila ibu saya mendoakan kejayaan saya dalam bidang emas, dan saya juga dapat membelikan ibu saya yang tercinta seutas rantai tangan GCP, setiap hari ibu akan bercerita dengan jiran-jiran di kampung yang saya anaknya ini "tokey emas", terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu saya Sujinah HJ Mumbhari, kerana tanpa ibu saya tidak akan berjaya...jika anda mahu berkongsi kejayaan bersama saya add saya di fb norizanwariman/fb dan jangan segan-segan hubungi saya di talian 017-3489008 dan layari laman web gcp di www.gcp.com.my.....amin...moga dipermudahkanNya
    Golden tips. Rahsia kaya dan berjaya dunia akhirat:
    Bahagiakan ibu/bapa, isteri / isteri-isteri, & anak2 kita. Jaga hati mereka & bahagiakan hidup mereka. Bagaimana kita nak jaga amanah Allah spt harta benda dan wang ringgit bertimbun2 sedangkan amanah yg kita ada ni tak dijaga sebaiknya?
    Allah maha pemurah. Baik yg kita minta maka baiklah yg diberi. Buruk yg kita minta maka buruk lah yg diberi.
    Ingatan utkku yg mudah lupa. Boleh boleh?
    Golden tips. KAYA dan BERJAYA dunia akhirat: Senangkan hati ibu, bahagiakan hidup ibu. Kasih ibu membawa ke syurga. :) — with Norliza Ngatiman.

Testimoni GCP 05

Dalam mengiyakan bahawa emas menyelamatkan keadaan, pengalaman sendiri menjadi sandaran. Beberapa kali teman rapat dan kenalan baru meminjam ribuan RM dengan meletakkan barang kemas sebagai jaminan. Tiada kerisauan, tiada keraguan, tenang-tenang saja saya memberikan pinjaman. Sampai masa mereka membayarnya kerana mereka sayangkan barang kemas mereka, apatah lagi nilainya lebih tinggi daripada wang yang mereka pinjam. Saya gembira kerana dapat membantu mereka tanpa risaukan risiko wang tidak dipulangkan. Dulu, kini dan selamanya saya berkepercayaan bahawa emas menyelamatkan keadaan.
Namun saya sendiri tidak menyimpan emas kerana tumpuan saya pada masa lalu adalah untuk membeli rumah dan tanah. Adanya peluang membuat pinjaman dengan perbendaharaan Malaysia dan bank, saya sentiasa merebut peluang untuk membeli tanah dan rumah sehingga saya tidak terfikir untuk membeli emas berdikit-dikit. Ini adalah kerana saya asyik dengan kenaikan nilai tanah dan rumah yang tinggi saban tahun.
Namun, kini setelah keupayaan meminjam dengan perbendaharaan Malaysia sudah tiada lagi kerana saya telah bersara, maka baru saya terfikir, seandainya saya menyimpan dalam bentuk emas sudah pasti saya telah boleh membeli sebuah lagi rumah untuk disewakan atau dibuat kedai untuk perniagaan saya. Bayangkan wang simpanan saya di Tabung Haji, di Koperasi, di Bank dan saham-saham bila saya jumlahkan tidak kurang daripada RM200,000. Jika kenaikan harga emas 20% setahun bermakna setiap tahun saya boleh dapat RM40,000. Kalau lima tahun? Saya boleh dapat RM200,000 lagi!!!!! Waaaa!!!!! Ruginya saya tidak membuat perkiraan bersandarkan rahsia yang memang telah ada dalam genggaman. Saya tidak sedar wang itu telah dan sedang digigit inflasi, nilainya tidak meningkat, tapi merosot terus-terusan!
Rumah dan tanah yang saya miliki tidak boleh dicairkan sekelip mata, nak cari pembeli sahaja tidak kurang daripada enam bulan. Proses mendapatkan kelulusan untuk menjual (bagi tanah) perlu mendapatkan kelulusan Menteri Besar. Lamanya tak dapat dijangka. Kalau emas? Tak sampai satu jam pun dah selesai.
Namun, yang lepas biarkan berlalu sebagai pengajaran yang sangat berharga. Untuk masa hadapan, saya perlu bertindak segera.
Saya baru sahaja memulakannya bulan lepas dengan menukarkan RM berisiko susutan itu kepada emas fizikal bernilai RM10,000.00. Insya Allah mana-mana simpanan lain akan saya korek dan korek untuk ditambunkan ke emas fizikal. Di mana saya nak membelinya? Mana-manapun boleh, tapi sudah pastinya saya mahu yang terendah harganya tanpa jejasan kualitinya.
Wan Azizah Daud (AD2977) yang saya kenali melalui satu seminar Rawatan Holistik Terapi telah telah membuat saya teruja dengan memperkenalkan saya kepada syarikat emas yang operasinya sangat bertepatan dengan falsafah kehidupan saya. ‘RESTU ILAHI’ adalah yang saya cari. Maka GCP menjadi pilihan hati. Dengan membayar hanya RM1,000.00 saya telah boleh menjadi ahli dengan mendapat faedah harga yang lebih rendah daripada pasaran. Yang paling penting ialah daripada RM1,000.00 itu 30% akan diinfakkan ke rumah-rumah Allah, ke sekolah tahfiz, rumah anak yatim dan seumpamanya. Kedudukan di sisi Allah itulah yang memikat hati saya kepada GCP. Kesukaan saya ini bertambah apabila saya mendapat maklumat bahawa GCP tidak lupa berzakat setiap tahun!
“Jika ingin mencari kekayaan, carilah dahulu Pemilik Kekayaan itu” Inilah falsafah kehidupan yang saya pegang dan GCP saya dapati adalah seiringan dengan kecintaaan saya. Justeru, GCP, menjadi pilihan hati. Saya adalah dealer yang akan terus bersamanya insya Allah… https://www.facebook.com/sopiah.jamin Sopiah Jamin AD3060 (Tel:0199852724).

Testimoni GCP 04

Pemilik GCP
Muhamad Faizal Anuar PJ : Sebelum menjadi pengedar GCP saya telah didedahkan dengan emas oleh abang-abang saya tapi masa itu masih belajar hidup kira nak bergembira saja tanpa memikirkan tentang kepentingan simpananan emas ini.Awal tahun 2012 saya mula berjinak-jinak dengan emas,dan mula membuat kajian tentangnya.Tapi dalam diri rasa macam tidak lengkap jika tidak menjadi pengedar akhirnya awal bulan Mei 2012 saya menyertai GCP.Kenapa GCP ? dah lama ingin menyertai GCP tapi masa itu nak jadi pengedar kena mempunyai modal rm11K.Memang tak ada le.Saya tertarik dengan tawaran stok mudah didapati dan paling penting kos penghantaran percuma seumur hidup termasuk kepada pelanggan.Yang paling tertarik kenyataan CEO GCP Tn Hj Shamsul Anuar Md Ali beritahu kita pengedar sebagai tokey besar semuanya GCP yang buat semasa seminar di Bangi.Dan yang paling penting GCP bukan skim cepat kaya ataupun skim pyramid yang paling utama GCP bayar zakat tau.Lebih menarik sebahagian yuran keahlian kita didermakan untuk pembinaan masjid.GCP adalah syarikat emas 100% Bumiputera yang semakin berkembang maju dan banyak mengubah ekonomi ramai pengedar GCP.
Amat rugi bagi yang hanya bercakap tapi tidak bertindak,sertailah GCP untuk mengubah kehidupan yang lebih baik.Inginkan lebih info call/sms 019-6401493 pada bila-bila masa.InsyaAllah Dengan Izin Allah GCP dapat membantu anda keluar dari kepompong biasa-biasa ke kehidupan luar biasa.Hidup anda pasti huru-hara. https://www.facebook.com/faizalpj
Muhamad Faizal Bin Anuar
Ad3299

Testimoni GCP 03

Pemilik GCP
Anak saya yang ke-3 sering sakit sejak lahir sehingga pernah tinggal di NICU selama hampir 2minggu.Saya sering bercuti untuk menjaga anak yg sakit Memandang kan saya bekerja makan gaji akhirnye terpaksa membuat pilihan untuk berhenti kerja demi keluarga yang saya sayangi.Menyedari hakikat perbelanjaan harian semakin bertambah, saya cuba membantu suami untuk bersama-sama menambah pendapatan bulanan.Berpegangkan prinsip diri sendiri "JIKA ORANG LAIN BOLEH BERJAYA KENAPA TIDAK UNTUK DIRI SENDIRI" alhamdulillah saya berjaya membuka perniagaan sendiri.Setiap perniagaan pasti ada halangan dan rintangan.Pelbagai sindiran dari rakan-rakan membuat kan saya terasa dicabar untuk menunjukkan kebolehan saya.Alhamdulillah berkat kesabaran saya tetap bertahan dengan semangat untuk membesarkan anak-anak demi mendapat pendidikan yang sempurna untuk masa depan mereka.Saya gemar membeli barang kemas untuk diri sendiri.sehingga sering mendapat tentangan dari pihak suami.Mungkin disebabkan harga yang mahal suami tidak pernah sama sekali menggalakkan untuk terus membeli EMAS.Saya terpaksa sembunyi-sembunyi untuk membeli EMAS bagi menambahkan koleksi peribadi saya.Untuk mendapatkan harga EMAS yang murah saya membeli secara online dari seseorang yang saya tidak kenal sama sekali.Alhamdulillah ternyata EMAS yang saya beli bukan EMAS tiruan.Boleh dikatakan setiap bulan saya membeli secara online hampir setahun,akhirnya peniaga tersebut mengenalkan saya dengan Syarikat GCP.Tanpa melengahkan masa saya mengambil peluang keEMASan untuk bersama menjadi keluarga besar GCP bagi mendapatkan harga yang murah dan amat memuaskan hati.Sejak itu suami pula lebih menggalakkan untuk merebut pelbagai peluang yang GCP tawarkan pada setiap ahlinya.Dengan perasaan bangga dan yakin saya kongsikan minat ini dengan orang yang sering saya jumpa iaitu pekerja-pekerja saya.Pada umur yang masih muda saya menggalakkan mereka untuk mengerti dan memahami tujuan asal kenapa saya memilih EMAS dan PERAK.Untuk apa kepentingan EMAS dan PERAK di masa hadapan.Saya bersyukur mereka dapat berkongsi minat yang sama.Walaupon saya baru menyertai 2bulan keluarga besar GCP ini, saya dapat menjana pendapatan secara langsung yang tanpa saya sangkakan.Kira-kira 3minggu yang sudah saya ade membeli rantai tangan untuk dijadikan koleksi simpanan pelaburan saya.Pada satu malam saya mendapat panggilan dari rakan GCP dimana beliau memerlukan seutas rantai tangan pada malam tersebut juga.Atas dasar hubungan keluarga besar GCP ini saya menjualkan rantai tangan tersebut dengan tanpa saya sedari telah memberi keuntungan kepada saya tanpa saya duga.Ini lebih menjadikan semangat untuk saya melabur dalam bidang EMAS ini.Saya rasa bersyukur ALHAMDULILLAH kerana saya di pertemukan dengan GCP. Untuk anda diluar sana yang berminat untuk menjana pendapatan jangan buang masa keEMASan yang ada sekarang. https://www.facebook.com/norlinawati
Anda boleh SMS saya di no 0192577160
Authorised Dealer(AD3080)
Nor Linawati Binti Ibrahim

Testimoni GCP 02

Daripada Khairil Haizid Bin Kamal, 016- 389 9274

Saya bermula dalam pelaburan emas dengan membeli emas dengan harga yang tinggi merupakan antara kesilapan besar bagi saya yang merupakan pelabur dan penyimpan emas. Bukan kerana ia tidak laku,tetapi saya membeli dengan harga yang tinggi menyebabkan lambat untuk mendapat untung.
Emas yang saya beli adalah jenis 999 PAMP Suisse 100g,dengan harga RM19500. Sekiranya saya buat kajian dan perbandingan harga, saya boleh jimat RM2500 andai saya menjadi pengedar GCP kerana pada masa itu, pengedar GCP boleh membeli hanya dengan RM17000.

Selepas peristiwa itu,saya mula mengkaji beberapa syarikat pelaburan emas dan berkenalan dengan Puan Nor Fazilah Abd Mohd, salah seorang dealer GCP yang mengasaskan rangkaian dealer JutawanGold.Setelah menerima penerangan dari beliau tanpa berlengah lagi saya memilih untuk menyertai GCP di bawah rangkaian dealer JutawanGold.

Walaupun perlu membayar wang 'hangus' RM1000 sebagai dealer GCP,saya sangat berpuas hati apabila menyertai GCP. Pertama,dalam masa sebulan Alhamdulillah,hasil jualan emas GCP,saya berjaya mendapat kembali modal RM1000 bayaran yuran hangus pengedar. Yuran hangus ini bukan sebarang hangus,anda dapat keistimewaan sebagai pengedar. Saya boleh ceritakan lebih lanjut jika kita bertemu dan berhubung kelak.

Kedua,pendapatan saya menjual emas part time meningkat dari hanya 2 dan 3 angka kepada 4 angka dalam masa 2 bulan sahaja.

Ketiga,ketenangan jiwa yang diperolehi apabila menempah emas GCP kerana stok akan dihantar pada kita,tanpa perlu bersusah payah mengambilnya. Jimat masa,jimat tenaga,jimat kos. Penghantaran percuma seumur hidup dijamin pula keselamatannya oleh GCP, tenang jiwa.

Keempat,semestinya dapat memiliki emas dengan harga yang lebih murah, tanpa upah dan mengikut harga pasaran emas dunia yang tidak akan dinikmati jika membeli di kedai emas biasa.

Kelima, after sales service yakni bos besar GCP Tn Hj Shamsul Anuar Md Ali dan rakan2 pengedar samada di rangkaian RDJ ataupun yang lain sentiasa memberikan bantuan antara satu sama lain, serta bos GCP yang sangat prihatin terhadap pengedar-pengedar syarikat.

Pada saya GCP adalah syarikat yang berjaya membantu bumiputera islam dalam meningkatkan kefahaman dalam emas,berdaya saing,membantu meningkatkan pemilikan emas bumiputera muslim dan tidak jemu menyebarkan kefahaman tentang emas secara percuma di seluruh negara..

GCP bukanlah syarikat MLM, tidak menjanjikan pulangan hibah atau dividen bulanan jika membeli produknya.GCP juga tidak menyediakan skim pembelian secara arrahnu. GCP memberi peluang untuk anda diluar sana membeli emas dengan harga yang lebih murah dari membeli di kedai emas biasa.
Harga akan menjadi lebih murah jika anda menyertai GCP sebagai pengedar dan Insyaallah, anda dapat menjana pendapatan sampingan sebagai pengedar emas.

Emas dan Perak merupakan aset yang mudah dan senang dimiliki dengan modal yang kecil tidak seperti aset lain. Justeru,sedarlah yang emas dan perak ini merupakan pelindung nilai wang kertas anda dari inflasi.

Jangan biarkan kesemua wang kertas anda dimamah inflasi,tukarkanlah sebahagiannya kepada aset seperti emas dan perak. Ingatlah,emas fizikal mampu membantu anda di kala kesusahan.

Dengan memiliki emas fizikal, anda tidak akan kaya serta merta,tetapi Insyaallah,anda dapat mengelak dari terus menjadi miskin dihakis inflasi.

Anda diluar sana, jangan tunggu lama-lama, jom sertai GCP sekarang! Hubungi Saya Khairil Haizid Bin Kamal, AD2992 016- 389 9274 Kawasan liputan untuk bertemu Teluk Intan, Sabak Bernam,Tanjong Karang dan Kuala Selangor.
Related Posts with Thumbnails