Monday, 24 May 2010
Pelaburan Emas
Assalamulaikum dan salam hormat kepada pembaca semua.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat dan sentiasa dalam keberkatan oleh tuhan yang Maha-Esa.
Baiklah.. disini saya ingin memulakan perkongsian ilmu saya saya perolehi melalui sahabat karib saya yang sama-sama belajar di UPM satu ketika dahulu, iaitu En. Wan Saiful Ikhmal.
Kami sama-sama dijemput oleh seorang rakan (En. Misron) untuk menikmati makan malam di salah sebuah restron terkemuka di Bandar Baru Bangi bersama keluarga. Semasa jamuan tersebut En. Wan telah mengeluarkan seketul emas dan sekeping duit emas untuk diperkenalkan kepada saya. Secara kebetulan saya dan keluarga telah lama mencari pelaburan emas ini.
Setelah saya melihat ketulan emas tersebut, saya pun memberitahu En. Wan tentang hajat saya untuk mengenali emas tersebut dengan lebih terperinci lagi. En. Wan pun setuju dan menjemput saya kerumahnya untuk berbincang lanjut berkenaan perkara ini.
Keesokkannya saya kerumah En. Wan dan beliau mencadangkan saya untuk melihat sendiri web site www.publicgold.com.my dan www.publicdinar.com serta www.jutawanemas.com. Dari sini bermulalah perhubungan saya dengan pelaburan emas ini.
Setelah berbincang dengan isteri, saya pun menhubungi En. Syukor (jutawanemas.com) untuk bertanya panjang lebar tentang pelaburan emas dan beliau setuju berjumpa dengan saya pada 03/05/2010 jam 8.45 p.m. untuk menerangkan lebih jelas lagi tentang pelaburan emas ini dan berjanji akan jumpa lagi esok untuk membeli emas dengan modal permulaan sebanyak RM8,000 ++.
Tepat jam 3.15pm, 04/05/2010, En. Syukor muncul dengan emas di Agro Bank Nilai untuk diberikan kepada saya dan saya terus pajak di Agro bank tersebut. Kali pertama pajak, diajar terus oleh sifu... mana nak cari sifu macam ni, 'hands on'. Dengan duit sebanyak itu saya dapat 2 ketul 20g Gold Bar, dan sekeping 5 dinar.
Oleh kerana saya terhutang budi dengan En. Wan, pada 05/05/2010 saya membeli 11 keping 1 dinar dari duit yang saya dapat dari pajakan di Agro bank tersebut darinya. Dengan itu, dari duit RM8k ++ saya telah dapat emas bernilai RM14,407.00.
Dalam masa 5 hari saya telah mendapat ilmu yang cukup berguna dan banyak dari sifu dan rakan yang tidak kedekut ilmu ini. Terima kasih banyak-banyak kepada mereka berdua, semoga Allah membalas jasa dan ilmu mereka ini yang akan berterusan sehingga ke akhirat nanti. AMIN.
Pada hari yang sama juga saya telah menjual 2 keping 1 dinar kepada seorang kenalan dan suaminya dan begitulah seterusnya dan sehingga hari ini 24/05/2010, saya telah membuat jualan sebanyak RM69,073.00. Alhamdulillah....
Kepada rakan2 yang lain, rebutlah peluang ini dan maklumat jadual seminar peluang perniagaan emas bersama Public Gold sentiasa ada. Sila lihat web site berkenaan untuk membuat tempahan.
Sekian dahulu buat kali ini dan InsyaAllah kita akan berjumpa lagi dimasa hadapan untuk berkongsi ilmu dan maklumat tentang pelaburan emas ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment