Tuesday, 1 June 2010

Cadangan HKSH tentang persediaan menghadapi kejatuhan ekonomi Global


Apa pendapat anda wahai tokey emas dan penyimpan2 emas... Suarakan sikit pendapat anda...

(Sumber dari fans HARI KIAMAT SUDAH HAMPIR)

Cadangan HKSH tentang persediaan menghadapi kejatuhan ekonomi Global.

Assalamualaikum WBT. Terlebih dahulu pihak HKSH ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak menulis di note. Jika fans sudah menonton video-video di page, fans akan menyedari bahawa kejatuhan ekonomi global ini bakal melanda dalam sedikit masa lagi. Kejatuhan mata wang Dollar Amerika dan kenaikan mata wang Israel menimbulkan kegusaran kita tentang krisis ekonomi global. Kerugian Sime Darby baru-baru ini merupakan amaran awal kejatuhan ekonomi yang kelak akan menjadi lebih parah.

Kita haruslah menyedari bahawa salah satu penyelesaian untuk krisis yang sengaja dicipta dari sistem kapitalis itu telah diberi penyelesaian oleh Rasulullah SAW lebih 1400 tahun dahulu. Hadith sahih itu berbunyi seperti berikut:

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :

" Akan ada tiba suatu zaman dimana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia maka simpanlah dinar dan dirham" (Riwayat Imam Ahmad dalam musnad Imam Ahmad)

Ya, sunnah inilah yang kian ditinggalkan oleh kita. Oleh kerana kita meninggalkan sunnah itu, kini kita harus menanggung akibatnya. Kita kini langsung tidak menghiraukan arahan Nabi ini dan lebih galak mengejar wang kertas. Para peniaga dan kedai-kedai emas dilihat begitu ingin menjual emas. Mengapa mereka menjual emas? Apa yang ingin dikejar dengan menjual emas? Wang kertas?

Jadi di sini ingin saya menyarankan beberapa cadangan untuk dijadikan panduan. Tidaklah pendapat saya ini sebagai pendapat mutlak. Antara cadangan saya yang boleh dipertimbangkan ialah.

1) Langkah pertama ialah mengeluarkan kesemua wang di dalam semua akaun kita dan jangan tunggu lagi untuk menukarkannya kepada emas dan simpan saja emas di rumah.

2) Sediakan Tabung untuk simpanan wang lebih harian dan apabila setiap kali wang itu mencecah Rm 100, tukarkannya dengan emas yang bernilai Rm100 di kedai emas. Ia dilakukan berulang-ulang tanpa henti. Pastikan emas itu langsung tidak digunakan dan jangan disimpan di tempat lain melainkan di rumah. Anda sudah mengetahui bukan jika anda menyimpan wang di bank apa akan berlaku kelak?

3) Para peniaga muslim bolehlah menyediakan penimbang mili gram di setiap kedai mereka dan menulis di kaunter "urusan jual beli menggunakan emas diterima di sini"

4) Cara yang lainnya ialah bagi setiap peniaga yang menguruskan perniagaan syarikat yang besar untuk segera menukarkan kesemua wang untung bersih setiap hari kepada emas dan hanya meninggalkan wang sara diri asas dan wang untuk pusing modal sahaja.

Mungkin cadangan ini bukan cadangan terbaik namun pihak HKSH memerlukan kerja sama serius dari fans untuk menyumbangkan idea untuk dikongsi bersama. Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails