Wednesday, 23 June 2010

Emas berupaya mengekalkan kuasa belinya dalam jangka masa panjang

Ditulis oleh En. Syukor Hashim, jutawanemas.com


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sentiasa sihat dan ceria adanya :)

Baiklah, untuk kali ini saya ingin berkongsi satu fakta menarik mengenai emas.

Salah satu daripada keistimewaan emas ialah ia berupaya mengekalkan kuasa membelinya di dalam jangka masa panjang.

Dengan kata lain, apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun malah ribuan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada masa sekarang.

Mengkagumkan betul?

the_golden_constant_coverPerkara ini dijelaskan di dalam buku “The Golden Constant – The English and American Experience 1560-2007″ Karangan Prof. Roy W. Jastram (klik sini)

Di dalam buku ini Prof. Jastram cuba menjawab satu persoalan:

“Adakah nilai wang pada masa lampau adalah lebih tinggi berbanding sekarang?”

Di dalam kes ini, wang yang dimaksudkan adalah emas. Kajian ini adalah berdasarkan data daripada tahun 1560 – 2007. Prof. Jastram telah mengumpulkan data indeks harga barangan di England dan Amerika serta harga emas semasa.

Daripada hasil kajian terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi, Prof. Jastram telah membuat rumusan berikut:

“Kami mendapati kuasa beli emas pada pertengahan abad ke 20 adalah hampir sama dengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke 17″

petikan
Petikan daripada buku The Golden Constant – mukasurat 189

petikan_belakang
Gambar: Abstrak daripada kulit belakang buku.

Memang untung jika anda menyimpan emas.

Hasil analisis data 447 tahun diatas akan menguntungkan anda sekiranya anda membeli dan menyimpan emas.

Ini kerana telah terbukti bahawa kuasa membeli emas adalah sangat stabil dan mantap. Apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh dibeli beberapa ratus tahun malah ribuan tahun daripada sekarang.

Bagi saya, ini adalah satu sebab yang mantap mengapa anda perlu membeli dan menyimpan emas.

Kuasa beli dinar emas dan 1400 tahun lalu dan sekarang.

dinar_emas
Dinar emas – mengekalkan kuasa beli sejak 1400 tahun lalu.

Satu kisah yang menarik berkenaan kuasa beli dinar emas dapat dilihat di dalam hadis nabi.

Ketika zaman Rasulullah SAW, harga seekor kambing adalah 1 Dinar. Ceritanya adalah seperti di bawah:

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadakusatu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut danbelikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.

Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”

Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Dengan kata lain harga semasa seekor kambing pada zaman Rasulullah ialah 1 dinar.

Okie.. fast forward.. ke tahun 2010. Agak-agak boleh tak kita beli seekor kambing dengan 1 dinar? :)

Jawapannya.. ya, boleh!

Untuk pengetahuan anda, dengan 1 dinar emas anda masih boleh membeli seekor kambing.

Jadi disini saya akan cerita bagaimana cara membeli kambing dengan harga 1 dinar.

Tawaran daripada Green Acres Farm Sdn Bhd. (1 dinar untuk seekor kambing)

green_acres_farm

Baru-baru ini saya telah mengunjungi Green Acres Farm Sdn Bhd di Dengkil, Selangor.

Mereka merupakan pembekal daging kambing Boer, Farel & baka serta menawarkan perkhidmatan aqiqah, korban, pawah dan latihan.

Pemilik syarikat berkenaan ialah En. Abdullah bin Ismail.

Beliau menawarkan pembelian seekor kambing dengan harga 1 dinar sahaja.

abdullah_ismail
En. Abdullah bin Ismail, pemilik Green Acres Farm

Beliau berkata, dengan harga 1 dinar anda boleh membeli seekor kambing baka farel berusia 2 tahun dengan berat lingkungan 30-35 kilogram. Kambing farel sesuai untuk akikah, korban, majlis kenduri, buat kambing golek.

Jika anda perlukan khidmat sembelih dan lapah, maka terdapat tambahan bayaran sebanyak 3 dirham.

p/s: Dirham boleh beli kat Pokya (h/p: 012-9883445)

kambing_1_dinar
1 Dinar untuk seekor kambing – pilihlah yang mana satu idaman hati :)

kambing_1dinar
Kambing ini harganya 1 dinar sahaja.

1 dinar untuk 2 ekor kambing.

Selain itu, dengan 1 dinar anda juga boleh membeli 2 ekor anak kambing :)

Anak kambing berusia 6-9 bulan baka jenis boer (f3 – generasi ke 3) ini akan menjadi milik anda dengan hanya 1 dinar. Jika anda berminat menternak kambing maka bolehlah membeli anak-anak kambing ini daripada Green Acres Farm Sdn. Bhd.

kambing_2ekor_1dinar
Harga anak kambing ini adalah 2 ekor = 1 dinar sahaja

Pakej seekor kambing golek dengan harga 2 dinar :)

En. Abdullah turut menawarkan pakej kambing golek dengan harga 2 dinar.

Kambing yang digunakan adalah daripada baka tempatan (boer @ kambing kampung), berumur 2 tahun dengan purata berat 30kg – 35kg. Pakej termasuk kos sembelih dan lapah, bakar golek dan penghantaran kepada pelanggan di sekitar Lembah Kelang.

Ini adalah nombor telefon En. Abdullah Ismail, jika anda berminat sila call atau sms beliau di talian 014-6666 996.

Alamat ladang adalah seperti berikut:

Green Acres Farm Sdn Bhd.
Lot 7735 Batu 27 Jalan Salak
Kampung Jenderam Hulu
43800 Dengkil
Selangor.

Dinar yang diterima oleh beliau.

En. Abdullah menerima semua jenis dinar emas. Tak kiralah dinar emas Public Dinar, Dinar emas Kelantan, Dinar Emas Mariwasa, Dinar Emas Islamic Mint atau apa-apa sahaja dinar yang wujud di Malaysia nie.

Ini kerana beliau tahu dinar emas ini mempunyai piawaian berat dan ketulenan yang sama (4.25 gram emas 22k).

Jadi nilai emasnya tetap sama walaupun berbeza pengeluarnya.

So, tahniah En. Abdullah kerana menerima semua jenis dinar emas :)

dinar_emas_public_dinar

Dinar Emas Public Dinar

dinar_kelantan
Dinar Emas Kelantan

dinar_logam_mulia
Dinar Emas Logam Mulia

islamic_mint
Dinar Emas Islamic Mint / Dinar Muslim

Ayam kampung dengan harga 1 dirham.

Selain menjual kambing pada harga 1 dinar, En. Abdullah juga menjual ayam kampung dengan harga 1 dirham.

1400 tahun yang lalu harga seekor ayam di pasar Madinah juga adalah 1 dirham :)

Jadi, jika harga ayam dibayar dengan dirham maka inflasi adalah 0%

ayam_kampung
Harga seekor ayam = 1 dirham.

Kesimpulannya:

1. Selain menjadi pelaburan, emas juga adalah penyimpan nilai yang terunggul.
Ini kerana emas mampu mengekalkan kuasa beli yang sama untuk ratusan tahun,
malah boleh menjangkau ribuan tahun. Begitu juga dengan perak.
Ia turut mengekalkan kuasa membelinya.

2. Emas sangat istimewa. Sejak dahulu hingga sekarang manusia sanggup menerima
emas sebagai media pertukaran. Tokey kambing tahun 2010 pun sanggup terima.

3. Oleh yang demikian, tindakan membeli dan menyimpan emas boleh dikatakan
amat bijak terutamanya emas fizikal.

4. Jika anda belum memulakan pelaburan emas, sekarang adalah masa yang terbaik.
Anda boleh membeli emas fizikal Public Gold daripada agen yang berhampiran
dengan tempat tinggal anda (klik sini untuk melihat senarai agen Public Gold)

5. Jika anda ingin mengetahui rahsia pelaburan emas, dapatkan ebook saya
yang bertajuk “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas” (klik sini)
Maklumat di dalamnya akan membolehkan anda memahami kaedah membuat
pelaburan emas di Malaysia dan teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas.

6. Jangan lupa melanggan newsletter blog jutawanemas.com.
Anda akan menjadi orang pertama mendapat update daripada blog ini.

7. Saya mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan daripada pembaca.
Letakkan di bahagian komen dibawah sana.

8. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.
Klik ikon facebook recommend dan share kat bawah sana.
Kawan-kawan anda akan berterima kasih kepada anda.
Saya pun akan berterima kasih kepada anda.

9. Ok then, selamat membuat pelaburan emas :)

.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails