Saturday 12 June 2010

Pelaburan Emas Fizikal

ii) Pelaburan Emas Fizikal

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sifu pelaburan emas kita, En Syukor Hashim kerana memberi kebenaran kepada saya bagi membolehkan penulisan beliau ini dapat dikongsi bersama di blog saya. Semoga ilmu yang beliau kongsikan bersama ini dapat kita manafaatkan sebaiknya dan semoga beliau mendapat rahmat dari Ilahi dan ditempatkan beliau bersama-sama orang-orang soleh kelak diatas kemurahan beliau untuk berkongsi ilmu-ilmu beliau ini.


Bagaimana membuat pelaburan Emas di Malaysia
Ditulis oleh Shukor Hashim

Emas merupakan pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.
Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.
Sebagai contoh,
- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada:
>> 18/7/2001 ialah RM1082.00
>> 7/6/2008 ialah RM3048.00 !!!
Ini adalah kenaikan sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun.
atau purata pulangan 25.95% setahun!!
Namun tahukah anda bagaimanakan cara untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? apakah pelaburan yang terbaik? dimana mendapatkannya?

Membeli syiling Kijang Emas

Tahukah anda, antara pelaburan emas fizikal yang termudah di Malaysia adalah membeli syiling emas Kijang Emas?
Pada 9/6/2008 saya ada membeli syiling Kijang Emas ini (1Oz). Jadi saya ingin berkongsikan pengalaman bagaimana anda boleh membeli wang syiling Kijang Emas ini.

Sebelum itu, Kijang Emas nie apa ya?
Jawapan: Kijang Emas adalah wang syiling emas rasmi Malaysia dan dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia. utk bacaan lanjut, lihat di sini
http://en.wikipedia.org/wiki/Kijang_Emas
Ianya terdapat di dalam 3 saiz iaitu 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz ( 1 Oz = 31.1 gram). Ketulenan emasnya ialah 24K (999.9)


Bagaimana membeli Syiling Kijang Emas?
1. Kijang Emas dijual di Maybank cawangan tertentu sahaja (tengok bawah)
2. Bawa duit yang mencukupi sebab kena bayar cash.
3. Bawa IC sebab pembelian akan direkodkan dan anda diberi sijil pembelian.

p/s: Tidak ada had limit untuk anda membeli Kijang Emas. kalau ada stok, Maybank akan jual.

Apakah kebaikan membeli Kijang Emas ini?
1. harga yang agak rendah kerana terdapat dalam 3 saiz iaitu 1 troy ounce, 1/2 troy ounce dan 1/4 troy ounce. Syiling termahal pun cuma 1 Oz (31.10 gram, harga RM3000 ++). Tapi kalau nak tengok harga harian Kijang Emas, boleh lawati laman web Bank Negara malaysia di
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

2. Syiling ini ketulenannya ialah 999 (24 Karat). Jadi mutu emasnya terbaik.

3. Anda boleh membeli syiling Kijang Emas ini di Maybank, tapi cawangan tertentu sahaja. Jangan lupa bawa IC. Di Melaka ia cuma dijual di Maybank Main, jalan Hang Tuah.
Untuk mengetahui cawangan-cawangan Maybank lain yang menjual Kijang Emas sila rujuk link ini:
http://www.maybank2u.com.my/promotions/goldcoin.shtml

4. Syiling ini boleh dijual semula kepada Maybank pada harga semasa ditolak antara 3.15% dan 3.20% (utk 1 Troy Ounce) . Ini boleh dikatakan rendah berbanding kedai emas yang biasanya menolak 10% – 15% daripada harga emas semasa. So dah untung.

5. Syiling ini boleh bawa ke pajak gadai kalau tak ada duit anytime


Antara kelemahan membeli syiling Kijang Emas.
1. Kena bayar cash ( kalau kat kedai emas biasa boleh beli pakai kredit card)
2. Nak kena pergi Maybank awal-awal pagi. Kalau kat Melaka nie staff Maybank minta datang sebelum 12 tengahari.
3. Maybank punyalah sibuk… saya kena tunggu sejam, baru dapat beli.
4. Maybank staff akan beritahu yang syiling nie kena jaga elok-elok. tak boleh bengkok atau terguris sewaktu nak jual balik. kalau bengkok, mungkin Maybank tak akan beli balik. Lagi satu, jangan lupa bawa resit asal sewaktu anda membeli Kijang Emas ini sewaktu hendak menjual balik syiling ini.


Sekarang, mari kita lihat harga syiling Kijang Emas (1 troy ounce) sewaktu dilancarkan pada 18/7/2001 sehingga 17/6/2008 ( dekat 7 tahun).
18/7/2001 – harganya ialah RM1082.00
sekarang 17/6/2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!
Kenaikan 181.70% !!!
Purata kenaikan setahun : 25.95% !!!
Bandingkan dengan ASB ( Antara 8.5% ke 9.00 % setahun )
Amacam? nak beli emas tak??


Membeli emas fizikal di kedai emas

Salah satu cara termudah membeli emas ialah dengan membeli di kedai emas yang berhampiran di tempat anda. Mudah kan?
Saya sendiri ada membeli emas dengan cara ini. Jadi saya ingin berkongsi tips bagaimana membeli emas di kedai emas.
Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diambil kira sebelum anda membeli emas di kedai berkenaan.

1. Pertama sekali, disarankan anda membeli emas di kedai emas yang terkemuka contohnya Poh Kong, K.M Oli Mohamed dan Habib Jewel. Ini memudahkan anda untuk menjual kembali emas berkenaan pada masa depan.

2. Untuk tujuan pelaburan, emas itu mestilah gold bar 24Karat @ emas 999.
Jangan beli barang kemas. Ini kerana barang kemas harganya lebih tinggi sebab pertukangan + keuntungan kedai.
Contoh gold bar yang lain ialah PAPM Suisse (terkenal). Bukan semua kedai emas menjual gold bar. Kalau kedai emas tersebut tidak menjual gold bar, pergilah ke kedai emas lain.

Contoh gold bar terbaik: PAMP Suisse gold bar. Saya recommend gold bar ini untuk tujuan simpanan.
.
Kedai emas Poh Kong ada menjual gold bar keluaran mereka sendiri.
Namanya Bunga Raya gold bar.

3. Tanya kedai emas berkenaan samada mereka akan membeli balik emas tersebut dimasa hadapan. Biasanya kedai emas akan meminta anda untuk membawa balik resit jualan asal bila anda mahu menjual.
4. Tanya berapa jumlah potongan yang akan mereka tolak apabila anda menjual emas kembali. Biasanya potongan adalah lingkungan 10% ke 15%.
5. Tanya kedai berkenaan adakah ada tambahan potongan jika ketul emas berkenaan terguris atau bengkok.
6. Jika anda nak beli dengan kredit card, tanya berapa surcharge yang kena tambah, biasanya 2%
Bila anda sudah mendapat jawapan-jawapan ini, maka anda boleh membuat keputusan samada nak membeli di situ atau pergi ke kedai lain.


Kebaikan membeli di kedai emas.
1. Kedai emas biasanya senang nak cari dan berdekatan dengan tempat tinggal anda. Berbeza dengan pembelian syiling emas Kijang Emas yang cuma boleh dibeli di Maybank cawangan tertentu sahaja.
2. Boleh beli after office hour. Tak seperti membeli emas di bank yang opis hournya dari jam 9.00 pagi sehingga 4 petang, kedai emas kadang-kadang buka sampai pukul 10 malam.
3. Boleh beli pakai emas kat sana pakai kad kredit. So mudah sket kalau takder cash in hand kalau nak beli emas kat bank kena pakai cash.
4. Dapat emas fizikal. Boleh pegang. seronok. Boleh gi gadai kalau sesak-sesak nak pakai duit
5. kalau pandai tawar menawar, boleh dapat diskaun sket.


Antara Kelemahan beli emas di kedai emas.
1. Kalau beli kat kedai emas yang tak de brand name, mungkin dia akan tutup dan pergi ke tempat lain. Nanti susah nak jual balik.
2. Harga akan dipotong antara 10% ke 15% daripada harga semasa. Berbanding Kijang Emas yang cuma ditolak 3.1% – 3.2%.
Jadi itu sahaja yang saya dapat ceritakan berkenaan belian emas di kedai.
Semoga anda memperolehi manfaat dan akan memulakan simpanan emas anda sekarang.



Membeli emas fizikal daripada UOB Bank

Untuk pengetahuan anda UOB Bank ada menyediakan perkhidmatan menjual emas fizikal ( gold bullion dan syiling emas).
Maklumat berkenaan boleh didapati daripada laman web UOB Bank.
http://www1.uob.com.my/webpages/b_treasury_gold.htm

UOB Bank menjual syiling emas/gold bar terkemuka dunia seperti:
1.
Canada Gold Maple
2. Australian Nugget
3. Singapore Lion Gold Coin
4. Swiss Kinebar
5. PAMP Suisse gold bar

Untuk pengetahuan anda, harga emas yang dijual akan berubah mengikut kadar emas semasa.
Anda perlu merujuk website UOB Bank untuk mengetahui harga harian emas yang ingin anda beli.
http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold


Tips untuk membeli.
Berdasarkan perbualan telefon antara saya dan staff UOB, saya dimaklumkan bahawa kebanyakan emas fizikal ini dijual di cawangan utama UOB di Menara UOB Jalan Raja laut, Kuala Lumpur.

Branch Name Kuala Lumpur
Address Level 2, Menara UOB
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
Tel. No. (6) 03-2692 4511
Fax No. (6) 03-2691 3110

Branch Manager Janny Yew Beng Guay
Cawangan lain ada juga menjual tetapi biasanya syiling yang kecil (kurang dari 1 Ounce).
Anda dinasihatkan agar telefon dulu dan booking emas tersebut sebelum pergi membelinya. Ini kerana permintaan terhadap gold bar dan syiling emas adalah tinggi dan UOB selalu kehabisan stok.

hmm… memang ramai orang dah sedar kepentingan menyimpan emas. Jika anda ingin bertanya mengenai produk emas UOB Bank, anda boleh telefon: David Tan Eng Kian atau Shirley Seow di talian 03-27726654 / 27726655 tapi kalau anda dah nekad nak beli dan nak booking, anda kena telefon Jane di talian 03-27726578. Jane bertanggunjawab untuk jualan di UOB Bank cawangan utama di Menara UOB.
Waktu urusniaga ialah dari jam 9.00 pagi sehingga 4 petang.

Kebaikan:
1. UOB menjual banyak produk emas. Sebagai contoh, syiling emas negara asing. Selain daripada bullion, syiling emas merupakan kaedah menyimpan emas yang terbaik.
2. Boleh jual balik emas tersebut pada UOB Bank. Mereka cuma ambil untung sekitar 2.8% sehingga 5.2% daripada harga semasa. Ini boleh dikatakan rendah dan menarik.


Kelemahan:
1. Syiling emas dan gold bar yang dijual oleh UOB nie adalah produk hot.
Selalu sold out. Jadi anda mungkin terpaksa booking terlebih dahulu.
2. Waktu urusniaga adalah dari jam 9.00 pagi sampai 4 petang. So, bagi orang yang bekerja mungkin kena ambil cuti semata-mata nak beli emas nie. Kalau tinggal jauh macam saya kat Melaka nie… memang sah kena cuti sehari
3. Cuma cawangan utama OUB menjual banyak jenis emas. Kalau cawangan biasa kat Melaka atau tempat lain, diorang cuma jual syiling kecil sahaja. Call dulu untuk confirm samada cawangan UOB lain ada stok atau tidak.
4. Kalau hilang resit belian maka UOB tak terima balik emas tersebut
5. Tak boleh bukak seal plastik emas tersebut. Kalau tak diorang tak terima balik emas tersebut.

Bersambung...............

BNM Statistics

www.bnm.gov.my

From JanuaryFebruaryMarchAprilMayJuneJulyAugustSeptemberOctoberNovemberDecember 19971998199920002001200220032004200520062007200820092010 To JanuaryFebruaryMarchAprilMayJuneJulyAugustSeptemberOctoberNovemberDecember 19971998199920002001200220032004200520062007200820092010

Share

Abdullah Ismail May 26 at 12:59pm

...........Sambungan

Membeli syiling emas di Malaysia

Ok !
Sekarang saya nak bercerita tentang pelaburan syiling emas di Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, di antara pelaburan emas yang paling mudah, murah dan best ialah membeli syiling emas?
Ya betul! syiling emas
.
Kenapa syiling emas?
Jawapan: syiling emas ada banyak kebaikan. Antaranya:
1. Mudah dibawa (portable)
Ini kerana syiling emas nie biasanya bersaiz 1 Oz , 1/2 Oz, 1/4 Oz, 1/10 Oz dan 1/20 Oz.
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
Ini kerana syiling emas dikilangkan (minting) mengikut standard yang ditetapkan. Dengan kata lain dengan melihat syiling emas berkenaan kita boleh mengetahui jenis syiling, pengeluar, berat dan ketulenan syiling berkenaan.
3. Mudah ditunaikan.
Memandangkan syiling emas nie mempunyai ciri-ciri seperti diatas, ianya mudah ditunaikan.
Ok, kita dah lihat kebaikan syiling emas, sekarang mari kita lihat syiling emas yang terdapat di Malaysia.

Di Malaysia terdapat beberapa jenis syiling emas yang boleh anda beli dan simpan, iaitu:
1. Syiling Kijang Emas
Syiling Kijang Emas boleh dibeli di Maybank.
Boleh didapati dalam bentuk 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz
Harga harian boleh check kat
http://www.maybank2u.com.my/rates/gold_rates.shtml
Details kalau nak beli boleh baca kat sini

2. Syiling Emas yang dijual oleh UOB Bank, antaranya:
a) Canadian gold Maple Leave
Boleh didapati dalam saiz 1 Oz, 1/2 Oz, 1/4 Oz, 1/10 Oz dan 1/20 Oz
b) Australian Kangaroo Gold Nugget
Boleh didapati dalam saiz 1 Oz, 1/2 Oz, 1/4 Oz, 1/10 Oz dan 1/20 Oz
c) Singapore Lion Gold Coin
Boleh didapati dalam saiz 1 Oz, 1/2 Oz, 1/4 Oz, 1/10 Oz dan 1/20 Oz
Details pasal syiling emas kat UOB baca kat sini

3. Dinar Emas Kelantan
Boleh didapati salam saiz 2 dinar, 1 Dinar, 1/2 Dinar dan 1/4 Dinar
Harga harian boleh cek kat sini
http://www.dinarkel.com/
Details kalau nak beli baca kat sini


Jika anda saya yang mana nak satu nak beli?
Jawapan saya ialah yang mana terdekat kat tempat anda.
Kesemuanya baik belaka
Asalkan anda boleh beli dan simpan dah kira ok.


Membeli Dinar Emas / Dinar emas Kelantan

Tahukah anda? Antara cara termudah membuat pelaburan emas ialah dengan cara membeli dinar emas. Memandangkan dinar emas memang dijual di Malaysia, maka saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana membuat pelaburan emas menggunakan dinar emas.
Terdapat 2 jenis dinar emas yang dijual di Malaysia iaitu:
1. Dinar Emas Kelantan
2. Dinar Emas keluaran Islamic Mint Sdn Bhd

1 dinar merujuk kepada syiling emas 22 Karat (emas 916) yang beratnya 4.25 gram manakala
1 dirham merujuk kepada syiling perak tulen (999.9) yang beratnya 2.975 gram

Dinar emas Kelantan telah dilancarkan pada 20 September 2006.
Laman web Dinar Emas Kelantan ialah
http://www.dinarkel.com/


Antara saiz Dinar Emas yang dijual adalah:
- 2 Dinar
- 1 Dinar
- 1/2 Dinar
- 1/4 Dinar

Bagaimana nak beli Dinar Emas Kelantan?
Jika anda berminat untuk membeli Dinar Emas Kelantan, anda boleh mendapatkannya di kedai Ar-Rahn di sekitar Kelantan.
Untuk lokasi kedai Ar-Rahn, sila rujuk
http://www.dinarkel.com/wtb.html

Bagi mereka yang tinggal di kawasan KL dan Selangor, anda boleh mendapatkan dinar emas kelantan di Ar-Rahn berikut.
Ar-Rahn Kajang
No. 10 Jalan Raja Harun
43000 Kajang
Selangor
Tel: 03-87361517
Fax: 03-87367552
Ar-Rahn Raja Laut
No. 44G, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
Tel : 03-26933433
Fax : 03-26933431
Ar-Rahn Rawang
No. 49, Jalan Maxwell,
48000
Rawang, Selangor.
Tel : 03-60928441
Fax : 03-60928429

Bagaimana check harga dinar emas Kelantan?
Harga belian dan jualan dinar emas Kelantan boleh disemak
di laman web http://www.dinarkel.com/ .
Tengok kat penjuru kiri, bawah sikit, ada jadual seperti di bawah:


Bagaimana menjual kembali dinar emas kelantan?
Jika anda hendak menjual semula dinar emas kelantan, anda boleh menjualnya di Ar-Rahn yang sama. Berdasarkan pengiraan saya pada laman webhttp://www.dinarkel.com/ didapati perbezaan antara harga belian dan jualan dinar emas kelantan adalah RM20 untuk 1 Dinar, RM10 untuk 1/2 Dinar dan RM5 untuk 1/4 Dinar.


2. Dinar Emas keluaran Islamic Mint Sdn bhd.

Islamic Mint Sdn Bhd adalah salah sebuah institusi yang mengeluar dan mempromosikan dinar emas dan juga dirham. Laman web utama syarikat ini ialah
http://www.islamicmint.com.my/
Bagaimana membeli dinar emas Islamic Mint Sdn. bhd.?
Anda boleh membeli dinar emas Islamic Mint Sdn bhd. di institusi yang dinamakan wakala.
Terdapat banyak wakala di Malaysia yang menjual dinar emas nie.
Untuk senarai penjual dinar emas di tempat anda sila rujuk disini:
https://www.medinamarket.com/map.html



Membeli dinar emas di wakala.
Harga dinar emas dijual mengikut harga emas harian, justeru ianya adalah berdasarkan pergerakan harga emas semasa. Dinar yang dijual pula adalah 1 dinar sahaja. Singahsana Emas tak jual 1/2 atau 1/4 dinar. Bayar cash.

Menjual balik dinar emas.
Dinar emas boleh dijual balik di wakala. Pihak wakala akan membeli balik dinar emas anda pada harga semasa -15% ke 17% . Perghh!!!!! tinggi betul.


Kebaikan membeli dinar emas
1. Pelaburan emas dengan kos yang agak murah. Memandangkan berat 1 dinar cuma 4.25 gram, maka harganya adalah sekitar RM400 ++ sekeping (pada 6 Julai 2008).
2. Senang untuk dibeli dan dijual di wakala atau Ar-Rahn
3. Memandangkan emas ini adalah emas fizikal, maka anda boleh gadaikan emas nie kalau nak gunakan wang sementara.
4. Harga belian balik antara RM20, RM10 dan RM5 bagi dinar emas Kelantan adalah rendah dan menarik

Kelemahan dinar emas
1. Dinar emas kelantan banyak dijual di Ar-Rahn sekitar Kelantan dan 3 cawangan di sekitar KL dan Selangor, jadi jika anda di negeri lain maka sukar sikit untuk membeli dan menjual dinar emas Kelantan.
2. Bagi dinar Islamic Mint sdn. Bhd pula, tak semua negeri mempunyai wakala, contohnya Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
2. Harga belian balik Dinar emas Islamic Mint Sdn bhd sekitar -15%-18% dari harga semasa menyebabkan ianya tidak begitu menarik.

Kesimpulan.
Dinar emas adalah satu cara termudah dan termurah membeli dan menyimpan emas. Saya amat menggalakkan anda membeli dan menyimpan dinar emas.
Kalau nak beli, cuba beli satu dinar bukan 1/2 atau 1/4 dinar.


Bersambung......................

www.maybank2u.com.my

www.maybank2u.com.my

Share

Abdullah Ismail May 26 at 1:10pm

.............Sambungan

Membeli dan menjual emas fizikal melalui syarikat Public Fine Gold International Sdn Bhd.

Saya sangat2 recommend yang ini sebagai pilihan pertama

Nama syarikat ini ialah Public Fine Gold International Sdn. Bhd.
Alamatnya:
Public Fine Gold International Sdn Bhd
(818840-U)
12E Ground Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang.
Tel : 04-644 9999

Nama pendeknya ialah Public Gold.

web syarikat Public Gold diwww.publicgold.com.my

Emas yang dijual
Public Gold menawarkan syiling emas dan gold bar kepada pembeli.
Untuk syiling emas cuma terdapat 1 saiz iaitu 50 gram emas 999.9(emas 24K)
Bagi gold bar pula, ia terdapat dalam saiz 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 1 Kg (emas 24K)

Manakala Public Dinar menawarkan syiling emas 916 (emas 22K) dalam 3 size iaitu 1 dinar (4.25 gram), 5 dinar dan 10 dinar.

Setiap gold bar ada siri nombor dan certificate.
.
Ujian berat dan ketulenan.
Saya telah meminta agar emas ini diuji menggunakan precious metal tester untuk menguji berat dan ketulenannya… of course la..
nak recommend kat orang kena test dulu betul tak?
Untuk timbang berat, ini keputusannya:

Berat gold bar 50gram – timbang dapat 50.01gram
.
Untuk ujian ketulenan pula ini hasilnya:

Keputusan: Gold 24K (999.9)
Namun apa yang lebih menarik ialah harganya…
Harga belian dan jualan.
Anda boleh melihat sendiri harga belian dan jualan emas Public Gold di laman web mereka www.publicgold.com.my


Terdapat kos penghantaran yang perlu ditambah iaitu:
RM10 untuk gold bar 20gram,
RM20 untuk gold bar 50gram
RM30 untuk gold bar 100 gram.
Yang lain tiada kos penghantaran.

Cara membeli dan menjual emas.
Syarikat ini berpusat di Pulau Pinang, so untunglah orang-orang Penang nie. Mudah nak beli sebab dekat. Tel: 04-6449999.

Cawangan2 Lain
SunWay, Kelantan dan Kedah. Akan datang di Johor, Sabah dan Serawak
Harga semasa akan diberitahu kepada anda, jika berminat, maka Public Gold akan menghantar kontrak melalui emel atau fax kepada anda. Anda perlu tandatangan kontrak ini dan hantar balik kepada Public Gold.
Untuk pembayaran pula, anda boleh bayar 30% deposit daripada harga emas tersebut dan bakinya dijelaskan ketika menerima emas ataupun bayar 100% sewaktu order emas tersebut (bank-in ke dalam akaun bank Public Gold).
Jika anda ada soalan mengenai penghantaran, baik tanya sewaktu nak order bagi mengelakkan masalah.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh refer cara membeli di sini:
http://www.publicgold.com.my/content/view/39/69/

Atau boleh Hubungi saya (Abdullah Ismail) di talian 012 3921139, atau 014 6666996


Kebaikan:
1. Harga emas fizikal yang dijual adalah sangat kompetitif
2. Emas 24K, 999.9 dan Kualiti minting yang cantik.
3. Harga belian balik yang menarik ( cuma -1% dari harga emas semasa)
4. Boleh beli emas pakai kad kredit (tambah 3% dari nilai belian)
5. Laman web syarikat yang informatif tentang emas.
6. Emas nie emas fizikal, so boleh gi pajak kat bank Rakyat or Agro Bank

Saya berpendapat, Public Gold menawarkan peluang terbaik untuk membuat pelaburan emas fizikal. Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil, membeli emas adalah pelaburan terbaik. So, apa tunggu lagi. Mulakan pelaburan emas anda sekarang.



Ringkasan Pelaburan Emas Secara Fizikal


Membeli dan menyimpan gold bar/bullion
Ditulis pada 10 August 2008 – 6:37 pm | by syukor |

Salam sejahtera kepada semua pembaca.

Antara pelaburan emas terbaik ialah dengan membeli gold bar (atau dipanggil bullion). Kalau dalam bahasa Melayu dipanggil jongkong emas.
Berdasarkan suryey saya di kedai emas, bank dan sekitar Malaysia, terdapat 3 jenis gold bar yang popular dan boleh anda beli iaitu:
1.
PAMP Suisse gold bar
2. Poh Kong Bunga Raya gold bar
3. Public Gold gold bar
Mari lihat satu persatu.

1. PAMP Suisse gold bar.
PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Métaux Précieux) (artistic, precious metals products).
PAMP yang berpengkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang terkemuka dunia dalam menulenkan logam berharga dan mengeluarkan produk-produk daripada logam-logam berharga seperti perak, emas, platinum dan palladium.
Laman web syarikat ini ialah http://pamp.com/main.htm
Emas keluaran PAMP ini diiktiraf mutu, kualiti dan ketulenannya di seluruh dunia. Maklumlah, made is Swiss. Cuba search dalam google berkenaan PAMP Suisse gold dan anda akan dapati banyak gambar-gambar emas keluaran PAMP.
Gold bar PAMP senang dijual beli di mana-mana negara di seluruh dunia. Kesemua gold bar PAMP mempunyai nombor siri dan juga sijil ketulenan (Assay certificate).

Di Malaysia, terdapat 2 bentuk gold bar PAMP yang dijual:
1. PAMP Suisse gold bar 100 gram dengan sijil ketulenan warna pink.
Gold bar nie boleh dibeli kat Habib Jewel, Etika Emas, UOB Bank dan kedai emas tertentu.
Ketulenan emasnya ialah 24K (999.9)
Memandangkan harganya yang tinggi, maka tak banyak kedai emas yang jual gold bar 100 gram nie.
Emas nie sesuai untuk buat pelaburan dengan cara beli dan simpan. kalau boleh 3 tahun ke atas. kalau boleh simpan lebih 10 tahun, lebih baik.

Kebaikan:
1. Emas PAMP Suisse terkenal di seluruh dunia. Boleh dijual beli di seluruh dunia.
2. Ada sijil ketulenan dan nombor siri
3. Kualiti emas 24K, 999.9
2. PAMP Suisse gold bar dalam plastik biru.

PAMP Suisse gold bar dalam plastik biru
Antara bentuk lain gold bar PAMP suisse ialah seperti di atas.
Gold bar nie boleh di dapati di kedai emas biasa, tapi anda kena tanya.
Kalau kat Melaka emas PAMP Suisse boleh dibeli di Kedai Emas Poh Win, Melaka Mall, kat Mahkota Parade pun ade. Antara saiz yang boleh didapati ialah 10 gram, 20 gram, 31.10 gram, 50 gram dan 100 gram.

Gold bar PAMP suisse kat kedai emas Poh Win, Melaka
Emas nie dibalut dalam bekas plastik yang keras, tujuannya ialah untuk melindungi emas kat dalam tu. Jadi anda tak boleh nak buka dan pegang emas tu. So, tengok dari luar ajelah. Kalau nak buka jugak kena toreh dengan pisau ler jawabnya


2. Poh Kong gold bar (Bunga Raya).

Jika anda mengunjungi kedai Emas Poh Kong, mereka juga ada menjual gold bar keluaran mereka sendiri yang dinamakan Bunga Raya gold bar.
Gold bar ini boleh didapati di dalam berat 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram.


Jongkong Emas Poh Kong Bunga Raya.
Ini website kedai emas Poh Kong
http://www.pohkongjewel.com/
Emas nie kualitinya 24K, 999.9 . So memang tulen. Tapi dari segi popular, emas Poh Kong Nie kurang terkenal berbanding PAMP Suisse.
Kalau anda nak jual kembali emas nie kepada Poh Kong, Biasanya mereka akan tolak 15% ke 18% dari harga emas semasa.


3. Gold bar Public Gold.
Public Fine Gold International Gold Sdn. Bhd. (Public Gold) merupakan sebuah syarikat di Malaysia yang menawarkan gold bar untuk tujuan pelaburan.
Syarikat yang berpusat di Bukit Jambul, Pulau Pinang ini mengeluarkan gold bar dan syiling emas atas jenama Public Gold.
Untuk gold bar, saiz yang ditawarkan mereka ialah 20 gram, 50 gram dan 1 kilogram. Kualiti emas ialah 24K (999.9)
Laman web Public Gold boleh dilawati diwww.publicgold.com.my
Saya telah mengunjungi ibu pejabat Public Gold untuk mendapatkan maklumat dan melihat sendiri gold bar keluaran mereka.

Jika anda nak tahu cerita penuh mengenai Public Gold, cara membeli dan pengalaman saya, sila hubungi Abdullah 012 3921139. Agen Pelaburan Emas Anda.



PublicGold.com.my
www.publicgold.com.my
PublicGold.com.my

PublicGold.com.my

www.publicgold.com.my

PublicGold.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails