Sunday 1 August 2010

Lambang Kejayaan: oleh Syukor Hashim

Emas lambang kejayaan di akhirat.

Selain menjadi simbol kejayaan di dunia, emas juga merupakan simbol kejayaan di akhirat.
Ini kerana, setiap orang yang berjaya masuk ke dalam syurga, maka Allah SWT akan menghadiahkan kepadanya gelang-gelang yang diperbuat daripada emas.
Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, surah Al-Hajj ayat 23:
 al-hajj-23-2
Maksud ayat: Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera (Surah Al-Hajj:23)
Jadi, sekiranya anda ingin mendapat hadiah gelang emas daripada Allah SWT, maka anda kena masuk ke dalam syurga dulu lah…

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails