Thursday 2 December 2010

Menteri Perancis pula risau

Menteri Perancis bidas Eric Cantona

PARIS 2 Dis. - Menteri Ekonomi Perancis menggesa bekas penyerang kelab bola sepak Inggeris, Manchaster United, Eric Cantona supaya menumpukan kerjayanya kepada sukan bola sepak dan jangan mencampuri urusan dalam krisis kewangan yang sedang dihadapi negara ini.
Teguran itu dibuat setelah pemain itu membuat kenyataan menggesa penduduk Perancis mengeluarkan wang simpanan mereka daripada bank sebagai hukuman terhadap mereka (bank-bank) yang menyebabkan berlakunya krisis kewangan di negara ini.
"Cantona memang tidak asing dengan kontroversi. Dia seorang pemain bola sepak yang hebat, tapi saya percaya kita tidak perlu mengikut semua saranannya," kata Christine Lagarde dalam satu sidang media.
Dalam satu wawancara filem yang dirakam bulan lepas yang turut menjadi perbualan di YouTube, Cantona berkata, setiap orang perlu memulakan revolusi dengan mengeluarkan wang mereka yang disimpan di bank-bank.
"Tiada senjata, tiada darah," katanya yang menggunakan kad nama perompak bank Perancis terkenal Albert Spaggiari, yang melakukan rompakan besar pada 1976 melarikan berjuta-juta mata wang franc dengan menebuk satu laluan memasuki sebuah cawangan bank Societe Generale.
"Masing-masing mempunyai kepakaran.
"Ada orang pakar bermain bola sepak, dan saya sendiri tidak berani untuk mencubanya," kata Lagarde, ketika ditanya mengenai cadangan Cantona itu.
"Saya fikir lebih baik setiap orang menumpukan kepada kepakaran masing-masing," tambah Lagarde.
Seruan Cantona itu telah disambut oleh Stop Banque, sebuah gerakan yang berpusat di Perancis yang akan menganjurkan satu kempen pengeluaran wang daripada bank pada 7 Disember ini.
Pergerakan itu mempunyai 10,872 pengikutnya di Facebook. - REUTERS..... Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails