Thursday 12 August 2010

Pengeluaran Dinar Emas bercanggah peraturan Pusat |Berita Harian Online|

Pengeluaran Dinar Emas bercanggah peraturan Pusat 


2010/08/13

    KAKITANGAN Permodalan Kelantan Berhad, Ruzaini Yaakub,   menunjukkan mata wang   Dinar Emas dan  Dirham     Perak pada majlis pelancaran di  Kota Bharu, semalam.
KAKITANGAN Permodalan Kelantan Berhad, Ruzaini Yaakub, menunjukkan mata wang Dinar Emas dan Dirham Perak pada majlis pelancaran di Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan semalam melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak sebagai mata wang alternatif untuk pelbagai urusan termasuk perniagaan, membeli belah dan pembayaran zakat di negeri ini.

Bagaimanapun mengikut undang-undang, pengeluaran mata wang sama ada alternatif atau tidak, adalah di bawah bidang kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia membabitkan urusan dasar serta pengurusan kewangan Malaysia.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan mata wang, tidak timbul soal mata wang alternatif atau tidak walaupun hanya untuk urusan jual beli di negeri itu.
Kementerian Kewangan dan BNM akan mengkaji tindakan yang boleh diambil berhubung perkara ini, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai tindakan kerajaan Kelantan melancarkan dinar dan dirham yang akan digunakan di kira-kira 1,000 premis perniagaan di sekitar negeri itu, termasuk Pasar Besar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Bazar Buloh Kubu dan Pasar Siti Khadijah.

Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata berdasarkan kajian, penggunaan dinar dan dirham dalam urusan perniagaan di negeri ini tidak bercanggah dengan peraturan ditetapkan BNM.
"Kajian sudah dilakukan dan ia tidak bercanggah, kita ikut laluan yang betul dan kalau ada apa-apa kita boleh runding, katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Mata Wang Syariah, Dinar dan Dirham Kelantan di sini, semalam. Pada majlis itu, Nik Aziz turut menyampaikan sijil dan pelekat kepada rangkaian peniaga negeri ini yang bersedia menerima dinar dan dirham sebagai medium jual beli.

Sebagai simbolik perasmian, Nik Aziz turut menyerahkan pembayaran gaji pertama kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Mustafa Salleh, menggunakan dinar.

Sementara itu, pakar ekonomi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Amir Hussin Baharuddin, turut mengesahkan pengeluaran mata wang di luar bidang kuasa kerajaan negeri, malah tindakan kerajaan PAS Kelantan itu tidak praktikal dan tidak kena pada caranya. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails