Wednesday, 22 December 2010

Beli Emas Sekarang


Beli Emas Sekarang
- Artikle 2008 by Syukur Jutawanemas
PDFPrintE-mail


Beli Emas Sekarang! lagi cerita mengenai emas.
Ditulis pada 11 November 2008 – 1:06 pm | by syukor |


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca jutawanemas sekalian? 
Harap-harap tu sihat lah ye… kalau rasa kurang sihat. rajin-rajin lah bersenam… 
senaman ringan.. light jogging.. jalan-jalan. Kenapa ye? Well, kesihatan nie sangat 
penting.. nak kerja cari duit dan beli emas, badan kenalah sihat dulu… so, sebelum pikir 
pasal emas… fikirkanlah pasal kesihatan anda .

Ok, sekarang saya ingin berkongsi maklumat yang saya perolehi dari sebuah buku. 
Tajuknya “Ruff’s Little Book of BIG FORTUNES IN GOLD and SILVER, A Middle Class 
License to Print Money”. Pengarangnya ialah Howard Ruff.

Buku ini saya beli dari www.amazon.com

Ruff merupakan seorang penulis, penasihat kewangan dan gemar melakukan aktiviti-
aktiviti kemanusiaan. Sebagai seorang penulis, beliau telah menulis satu newsletter 
kewangan yang bertajuk The Ruff Times. Newsletter ini telah ditulis beliau selama 33 tahun.

Newsletter The Ruff Times ditulis untuk sebagai panduan kewangan kepada orang biasa,
 macam kita nie. Dengan kata lain, sebagai penasihat kewangan tugas beliau ialah 
memberikan cadangan pelaburan kepada pelanggan newsletter dengan tujuan 
membantu orang-orang biasa memilih pelaburan yang menguntungkan.

Anda boleh melawat website beliau di http://www.rufftimes.com

Pada bulan Julai 1975, beliau telah menggesa pembacanya newsletternya untuk membeli 
emas (ketika itu berharga USD120/Oz) dan perak (USD2/Oz). Lima tahun kemudian 
(tahun 1980), beliau telah mencadangkan pembaca newsletter beliau untuk menjual emas 
dan perak tersebut (harga emas ketika itu USD750/Oz dan harga perak ialah USD35/Oz).

Pheww.. untung besar tu

Selepas itu, selama 20 tahun beliau telah mencadangkan agar pembaca newsletter beliau 
membeli saham, bon, hartanah dan juga pelaburan tradisi yang lain. Ini kerana beliau telah 
memaklumkan kepada pembacanya bahawa trend kenaikan harga emas dan perak sudah 
berakhir pada tahun 1980.

Kemudian, pada tahun 2006, beliau telah menulis buku ini yang bertajuk Ruff’s Little Book of 
BIG FORTUNES IN GOLD and SILVER, A Middle Class License to Print Money”.

Beliau menjangkakan emas dan perak akan menjadi pelaburan yang menguntungkan sekali 
lagi.. kenaikan besar harga emas dan perak akan berlaku lagi.

Beliau mengatakan bahawa kesilapan terbesar seseorang pelabur pada waktu ini ialah jika tidak
mengambil peduli tentang emas dan perak. Ini kerana emas dan perak masih berada di peringkat
awal kenaikan harga.

Jangkaan beliau? emas boleh mencecah USD2172/Oz dan perak boleh mencecah USD100/Oz.

Beliau menerangkan terdapat 3 fungsi utama emas dan perak yang perlu difahami oleh individu. 
Justeru saya ingin berkongsi dengan pembaca agar ianya jelas kepada kita tentang matlamat 
membeli, menyimpan dan membuat pelaburan emas:

1. Syiling emas dan perak sebagai insurans (non-investment)
2. Emas dan perak sebagai rizab kerajaan bagi menyokong nilai matawang negara (non-investment)
3. Emas dan perak sebagai satu pelaburan apabila tiba masa yang tepat dan sesuai.

Huraian:

1. Emas dan perak sebagai insurans.

Kita perlu memiliki emas dan perak sebagai persediaan terhadap situasi-situasi yang tidak terjangka.
Sebagai contoh, berlakunya rusuhan, peperangan, hyper inflasi atau virus komputer dimasukkan ke
dalam komputer bank negara menyebabkan wang di dalam sistem perbankan lesap. Hm… nampak 
macam susah nak berlaku.. tapi ada kemungkinan untuk berlaku. Jadi, ianya lebih kepada insurans. 
Seperti insurans rumah dan kereta, ianya bertujuan melindungi kekayaan kita, just in case tragedi berlaku. 
Ini kerana apabila wang kertas tidak boleh digunakan maka emas dan perak boleh digunakan sebagai wang.

2. Emas dan perak sebagai rizab menyokong nilai matawang negara (non-investment)

Emas dan perak telah lama menjadi penyokong nilai matawang sesebuah negara. Amerika Syarikat 
sebagai contoh dahulunya mempunyai standard emas dan perak yang tersendiri di mana setiap 
US Dollar yang dicetak akan disokong oleh nilai emas/perak yang sama nilainya di dalam simpanan. 
Sehingga tahun 1934, sesetengah wang kertas Amerika boleh ditukar dengan emas/perak yang sama nilainya.

Fakta yang menarik kan?

Pada tahun 1971, Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Richard Nixon telah mengistiharkan bahawa 
USD tidak boleh ditukarkan dengan emas. Jadi emas dan perak tidak lagi digunakan untuk menambat 
nilai matawang USD.

Hasilnya ialah wang fiat iaitu wang yang tidak disandarkan kepada mana-mana aset yang bernilai. 
Nilai wang berdasarkan persepsi pengguna bahawa ianya adalah wang dan bernilai. Wang fiat 
cuma bernilai kerana arahan/paksaan pemerintah.

Kalau dalam konteks Malaysia pulak.. senang jer.. cuba saudara/i renung kat duit kertas kita. 
Nampak tak perkataan nie:

“WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI”…

hehehe.. wang kertas Malaysia pun ialah wang fiat.

Ini kerana kertas itu sendiri tidak ada nilai… yang menyebabkan matawang kita bernilai ialah 
kerana undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia mengiktiraf kertas bercetak 
itu sebagai wang.

Apa akan jadi jika wang fiat tidak diiktiraf kerajaan?

Jawapannya.. wang tu tak laku lah…

Ingat tak lagi kisah syiling RM1? mesti ingat kan? dulu kita selalu guna syiling RM1 nie untuk beli 
apa-apa. Namun, mulai 7 Disember 2005 syiling ini telah diistiharkan tidak sah diperlakukan oleh 
Bank Negara Malaysia dan dikeluarkan dari pasaran.

So sesiapa yang menyimpan wang syiling RM1 nie.. hehehe… wang itu sudah tiada nilainya…

Saya sendiri ada menyimpan syiling RM1 nie.. just untuk kenang-kenangan ajelah.

Kalau syiling emas cammana? boleh kerajaan cakap tak laku? Sudah tentu tak boleh.

Nampak tak? Hebatnya emas dan perak.

3. Emas dan perak sebagai satu pelaburan apabila tiba masa yang tepat dan sesuai.

Bagi Howard Ruff, apabila tiba masa yang tepat, emas dan perak boleh menjadi pelaburan yang 
sangat menguntungkan. Kita mendapat keuntungan apabila membeli pada harga rendah dan 
menjual semula pada harga yang tinggi.

Soalan? Bila masa yang tepat untuk membeli emas?

Jawapan: Sekarang!

Ruff menjangkakan akan berlaku kenaikan tinggi harga emas dalam tempoh 8 – 13 tahun 
(daripada tahun 2006). Sebarang pelaburan di dalam emas dan perak akan memberikan pulangan 
yang sangat lumayan kepada pelabur.

Beliau juga berkata, sesiapa yang tak memperdulikan emas dan perak sekarang akan rugi besar.

Kata-kata Ruff yang dipetik dari bukunya.

So sedara dan sedari sekalian, marilah kita bersedia mengaut keuntungan daripada pelaburan 
emas dari sekarang.

Apapun harga emas sekarang.. kita beli ajer… sebab dalam jangka masa panjang kita tetap akan untung 

Belilah emas sekarang.. sementara masa dan stok masih ada.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails