Monday, 20 December 2010

Tun Dr. M galakkan orang ramai menyimpan dalam bentuk EMAS

Tun. Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai EMAS lebih terjamin dan sukar untuk jatuh. 

Beliau berkata nilai mata wang tidak terjamin kerana ianya bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurutnya, adakalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan dalam sesebuah negara.

"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun EMAS boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga diseluruh dunia.

"Simpanan EMAS lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails