Gold and silver are the most stable currency the world has ever seen. From the beginning of Islam until today, the value of the Islamic bimetallic currency has remained surprisingly stable in relation to basic consumable goods: A chicken at the time of the Prophet, salla'llahu alaihi wa sallam, cost one dirham; today, 1,400 years later, a chicken costs approximately one dirham. In 1,400 years inflation is zero. Could we say the same about the dollar or any other national currency in the last 25 years? In the long term the bimetallic currency has proved to be the most stable currency. It has survived, despite all the attempts by governments to transform it into a symbolic currency by imposing a nominal value different from its weight. ReliabilityGold cannot be inflated by printing more of it; it cannot be devalued by government decree, and unlike national currencies it is an asset which does not depend upon anybody's promise to pay. Portability and anonymity of gold are both important, but the most significant fact is that gold is an asset that is no-one else's liability. All forms of paper assets: bonds, shares, and even bank deposits, are promises to repay money borrowed. Their value is dependent upon the investor's belief that the promise will be fulfilled. As junk bonds and the Mexican peso have illustrated, a questionable promise soon loses value. Gold is not like this. A piece of gold is independent of the financial system, and its worth is underwritten by 5,000 years of human experience. Sumber: http://www.publicdinar.com |
Wednesday, 23 March 2011
Reliability Of Gold And Silver As Currency
Penggunaan Dinar Emas
Dinar boleh digunakan sebagai: 1. Penyimpan kekayaan 2. Untuk membayar zakat 3. Untuk membayar mas kahwin 4. Sebagai hadiah 5. Sebagai medium pertukaran yang sah bagi urusan jual beli. Dinar sebagai penyimpan kekayaan. Masyarakat di seluruh dunia mengiktiraf emas sebagai simbol kekayaan, kekuasaan dan kecantikan. Emas mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri dan nilainya tidak mungkin menjadi sifar. Selain itu, sifatnya yang cantik, sukar ditemui dan unik menyebabkan manusia menghargai emas. Sejarah membuktikan bahawa emas merupakan penyimpan nilai terunggul apabila wang kertas mengalami kemerosotan nilai. Dengan menyimpan sebahagian daripada aset anda di dalam bentuk emas, anda mempunyai insurans untuk melindungi kekayaan anda. Untuk membayar zakat. Sejak awal lagi, zakat dibayar menggunakan dinar dan dirham. Pembayaran zakat tidak pernah menggunakan wang kertas sehinggalah kejatuhan kerajaan Uthmaniyah. Ini kerana zakat perlu dibayar menggunakan aset yang nyata, di dalam Bahasa Arab dipanggil "ain". Zakat tidak boleh dibayar dengan janji untuk membayar (atau hutang, di dalam bahasa Arab dipanggil "dayn". Dinar dan dirham adalah termasuk dalam kategori 'ain' manakala wang kertas pula termasuk di dalam kategori 'dayn'. Wang kertas dipanggil 'fulus' kerana ia hanya mewakili wang dan ia tidak mempunyai nilai sebagai barangan. Oleh yang demikian, adalah penting bagi umat Islam untuk beralih kepada dinar dan dirham sebagai medium pembayaran zakat. Untuk membayar mas kahwin. Mas kahwin ialah dibayar oleh seorang suami kepada bakal isterinya. Ianya dibayar kepada isteri sebagai tanda menghormatinya dan juga menunjukkan kesungguhan mengahwininya seta tidak sewenang-wenangnya memasuki kontrak perkahwinan tanpa rasa tanggungjawab di pihaknya. Di Malaysia misalnya, salah seorang artis popular yang menggunakan dinar sebagai mas kahwin ialah M Nasir ketika berkahwin dengan Marlia Musa. Mas kahwin mereka ialah 13 dinar. Maklumat lanjut boleh diperoleh di sini: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0903&pub=utusan_malaysia intrinsiknya yang tersendiri, ia amat sesuai diberikan sebagai hadiah. Ini kerana emas begitu dihargai oleh manusia. Sebab itu kita boleh lihat generasi tua mewariskan barangan kemas kepada generasi muda, contohnya subang, rantai, gelang cincin dan sebagainya. Sebagai medium pertukaran yang sah bagi urusan jual beli. Emas ialah wang yang terunggul. Kenapa? Kerana ia memenuhi ciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagikan, mudah dibawa, diterima oleh seluruh manusia dan tidak boleh dimusnahkan. Sejak 3000 tahun emas telah digunakan sebagai wang oleh manusia (syiling emas pertama ditempa di Lydia kira-kira 700 tahun SM). Fungsi emas yang utama telah dikenal pasti sebagai medium pertukaran yang unggul. Sejarah wang kertas dan logam murah yang tidak disandarkan kepada emas dan perak cuma bermula kira-kira 4o tahun (1970 sehingga sekarang) Sumber: 1. http://www.the-privateer.com/gold1.html 2. http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_money 3. http://www.onlygold.com/tutorialpages/HistoryFS.htm 4.http://www.publicdinar.com |
Sejarah Dinar Emas
Pada awalnya umat Islam menggunakan dinar emas dan dirham perak yang dibuat oleh orang Parsi. Gambarnya seperti di bawah: Gambar: Dinar Parsi Yazdgard (399 - 420 AD) Gambar: Wang perak Parsi Sasanian Yezdigird III Siling pertama yang boleh dikaitkan dengan orang-orang Islam telah ditempa pada zaman Khalifah Uthman Radiallahu anhu. Syiling ini ditiru daripada dirham Sasanian Yezdigird III. Perbezaan yang terdapat pada syiling ini ialah terdapatnya inskripsi Arab ‘Dengan Nama Allah’. Setelah itu, inskripsi ‘Dengan Nama Allah’dan penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran telah menjadi tradisi ke atas dinar dan dirham yang dibuat oleh orang-orang Islam. Ketika zaman Khalifah Umar Al-Khattab, beliau telah menetapkan standard bagi dinar emas seperti berikut:"7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)". Di bawah pemerintahan Khalifah Abdul malik ibn Marwan (646AD - 705AD), beliau telah menyeragamkan penggunaan dinar dan dirham. Ketika itu, empayar Islam sangat luas meliputi kawasan Barat daripada Afrika Utara sehingga ke Sepanyol dan jauh ke bahagian Timur sehingga Pakistan. Ketika kerajaan Anglo-Saxon England masih kekurangan dari segi penulisan, khalifah Abdul Malik telah pun mencipta mata wang yang seragam yang pertama di dunia - dinar. Gambar: Dirham perak Abd al-Malik ibn Marwan Walaupun dinar dan dirham yang baru ini menyerupai berat dan bentuk syiling lama yang digantikan namun rupa bentuknya adalah satu revolusi. Pada 697AD, Khalifah Abdul Malik telah membuang gambar raja dan lambang-lambang binatang dan kota pada dinar dan dirham. Ia kini dihiasi dengan kalimah daripada ayat-ayat suci Al-Quran. Khalifah Abdul Malik kemudiannya mengisytiharkan bahawa wang inilah yang akan digunakan di seluruh empayar Islam. Sesiapa yang tidak menyerahkan syiling lama mereka untuk ditempa semula kepada dinar berbentuk baru akan dikenakan hukuman mati. Ini adalah kali pertama di mana sebuah negara mempunyai sistem yang begitu jitu dan stabil. Dinar emas ini telah dihasilkan oleh sejauh Sepanyol, Tunisia, Azerbaijan sehingga ke Pakistan. Ini memberikan kelebihan yang ketara kepada pemerintah kerana ia membolehkan sistem cukai diseragamkan di seluruh wilayah Islam. Dinar dan dirham yang dikeluarkan ini juga merupakan yang pertama dilabelkan tahun pengeluarannya - praktis yang tidak digunakan secara meluas sehinggalah kurun ke 15. Inskripsi pada dinar dan dirham Abdul malik menyebut: ‘Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad itu Pesuruh Allah’ Dinar dan dirham menjadi mata wang rasmi kerajaan Islam sehinggalah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah. Selepas itu, penggunaan wang kertas telah mengambil alih dinar dan dirham sehinggalah sekarang. Namun, sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa wang kertas menjadi alat untuk merampas kekayaan umat Islam dan ianya selalu gagal. Di dalam undang-undang Islam, penggunaan wang kertas yang bersifat "Surat janji hutang" tidak boleh digunakan sebagai media pertukaran. Sumber: 1. http://www.islamic-awareness.org/History/Islam/Coins/ 2. http://en.wikipedia.org/wiki/Islamic_gold_dinar 3. http://www.321gold.com/info/gold_dinar.html 4. http://zakat.wordpress.com/history-of-the-gold-dinar/ 6. http://www.publicdinar.com/Sejarah Dinar Emas |
Apakah itu Dinar ?
Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab. Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram. Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut. ‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’ |
Wednesday, 2 March 2011
AS boleh 'pokai' tidak lama lagi
AS boleh 'pokai' tidak lama lagi
WASHINGTON 2 Mac - Jumlah hutang Amerika Syarikat (AS) dijangka meningkat mencapai hadnya kepada AS$14.29 trilion (RM43.44 trilion) tidak lama lagi, sekali gus memaksa penggubal dasar berbuat sesuatu untuk mengelak kerajaan tumbang, kata pihak Perbendaharaan AS.
Pegawai Perbendaharaan Kanannya, Mary Miller berkata, Jabatan Perbendaharaan menjangkakan hutang negara itu akan mencapai hadnya menjelang 15 April hingga 31 Mei ini.
Katanya, AS hanya mempunyai beberapa minggu sahaja sebelum negara itu mengalami kehabisan tunai untuk membayar segala bil perbelanjaannya.
Perbendaharaan telah menjangkakan had hutang itu akan melepasi lebih awal berbanding unjuran antara 5 April dan 31 Mei ini.
Amaran itu dibuat berikutan penggubal undang-undang AS sedang bertungkus-lumus 'berjuang' untuk mengurangkan perbelanjaan, antara langkah sementara bagi mengelakkan penutupan kerajaan.
Walaupun isu menaikkan had tertinggi hutang dan usaha memberikan pembiayaan berterusan kepada kerajaan bukannya berkait, tetapi ia bercelaru kerana terperangkap dalam perjanjian politik Washington.
Pihak yang tidak sehaluan dengan Presiden AS, Barack Obama pula telah mengekang kenaikan had hutang kerana khuatir terpaksa mengurangkan perbelanjaan.
Bagaimanapun, tindakan itu dilihat agak melampau oleh Demokrat.
Isu had hutang menjadi hangat selepas Republikan mengambil kuasa dalam Perwakilan AS pada Januari lalu, menyebabkan Obama hanya mempunyai kuasa kepada Senat. - AFP
Sumber Utusan Malaysia on line 030311
AS boleh 'pokai' tidak lama lagi........ Apa akan terjadi dengan harga emas waktu ini?
Subscribe to:
Posts (Atom)