Wednesday 23 March 2011

Sejarah Dinar Emas


CetakEmel
Pada awalnya umat Islam menggunakan dinar emas dan dirham perak yang dibuat 
oleh orang Parsi. Gambarnya seperti di bawah:
publicdinar_clip_image004.jpg
Gambar: Dinar Parsi Yazdgard (399 - 420 AD)

publicdinar_clip_image005.jpg   publicdinar_clip_image006.jpg
Gambar: Wang perak Parsi Sasanian Yezdigird III
Siling pertama yang boleh dikaitkan dengan orang-orang Islam telah ditempa 
pada zaman Khalifah Uthman Radiallahu anhu. Syiling ini ditiru daripada dirham 
Sasanian Yezdigird III.
Perbezaan yang terdapat pada syiling ini ialah terdapatnya inskripsi Arab 
Dengan Nama Allah’. Setelah itu, inskripsi ‘Dengan Nama Allah’dan 
penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran telah menjadi tradisi ke atas dinar dan 
dirham yang dibuat oleh orang-orang Islam.
Ketika zaman Khalifah Umar Al-Khattab, beliau telah menetapkan standard 
bagi dinar emas seperti berikut:"7 dinar mesti bersamaan 10 dirham 
(dari segi beratnya)".
Di bawah pemerintahan Khalifah Abdul malik ibn Marwan (646AD - 705AD), 
beliau telah menyeragamkan penggunaan dinar dan dirham. Ketika itu, 
empayar Islam sangat luas meliputi kawasan Barat daripada Afrika Utara 
sehingga ke Sepanyol dan jauh ke bahagian Timur sehingga Pakistan.
Ketika kerajaan Anglo-Saxon England masih kekurangan dari segi penulisan, 
khalifah Abdul Malik telah pun mencipta mata wang yang seragam yang 
pertama di dunia - dinar.
publicdinar_clip_image008.jpg    publicdinar_clip_image010.jpg
Gambar: Dinar emas Abd al-Malik ibn Marwan

publicdinar_clip_image012.jpgpublicdinar_clip_image014.jpg
Gambar: Dirham perak Abd al-Malik ibn Marwan
Walaupun dinar dan dirham yang baru ini menyerupai berat dan bentuk syiling 
lama yang digantikan namun rupa bentuknya adalah satu revolusi. Pada 697AD, 
Khalifah Abdul Malik telah membuang gambar raja dan lambang-lambang 
binatang dan kota pada dinar dan dirham. Ia kini dihiasi dengan kalimah 
daripada ayat-ayat suci Al-Quran.
Khalifah Abdul Malik kemudiannya mengisytiharkan bahawa wang inilah yang 
akan digunakan di seluruh empayar Islam. Sesiapa yang tidak menyerahkan 
syiling lama mereka untuk ditempa semula kepada dinar berbentuk baru akan 
dikenakan hukuman mati.
Ini adalah kali pertama di mana sebuah negara mempunyai sistem yang begitu 
jitu dan stabil. Dinar emas ini telah dihasilkan oleh  sejauh Sepanyol, Tunisia, 
Azerbaijan sehingga ke Pakistan. Ini memberikan kelebihan yang ketara kepada 
pemerintah kerana ia membolehkan sistem cukai diseragamkan di seluruh 
wilayah Islam.
Dinar dan dirham yang dikeluarkan ini juga merupakan yang pertama dilabelkan 
tahun pengeluarannya - praktis yang tidak digunakan secara meluas sehinggalah 
kurun ke 15.
Inskripsi pada dinar dan dirham Abdul malik menyebut:
‘Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad itu Pesuruh Allah’
Dinar dan dirham menjadi mata wang rasmi kerajaan Islam sehinggalah kejatuhan 
Kerajaan Uthmaniyah. Selepas itu, penggunaan wang kertas telah mengambil alih 
dinar dan dirham sehinggalah sekarang.
Namun, sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa wang kertas menjadi alat 
untuk merampas kekayaan umat Islam dan ianya selalu gagal. 
Di dalam undang-undang Islam, penggunaan wang kertas yang bersifat 
"Surat janji hutang" tidak boleh digunakan sebagai media pertukaran.

Sumber:
6. http://www.publicdinar.com/Sejarah Dinar Emas

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails