Wednesday, 23 March 2011

Penggunaan Dinar Emas


CetakEmel
Dinar boleh digunakan sebagai:
publicdinar1_clip_image001_0001.gif
Dinar sebagai penyimpan kekayaan.
Masyarakat di seluruh dunia mengiktiraf emas sebagai simbol kekayaan, kekuasaan dan 
kecantikan. 
Emas mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri dan nilainya tidak mungkin menjadi sifar. 
Selain itu, sifatnya yang cantik, sukar ditemui dan unik menyebabkan manusia menghargai 
emas.
Sejarah membuktikan bahawa emas merupakan penyimpan nilai terunggul apabila wang 
kertas mengalami kemerosotan nilai. 
Dengan menyimpan sebahagian daripada aset anda di dalam bentuk emas, anda 
mempunyai insurans untuk melindungi kekayaan anda.

publicdinar1_clip_image007.jpg 
Untuk membayar zakat.
Sejak awal lagi, zakat dibayar menggunakan dinar dan dirham. Pembayaran zakat tidak pernah 
menggunakan wang kertas sehinggalah kejatuhan kerajaan Uthmaniyah.
Ini kerana zakat perlu dibayar menggunakan aset yang nyata, di dalam Bahasa Arab dipanggil 
"ain". 
Zakat tidak boleh dibayar dengan janji untuk membayar (atau hutang, di dalam bahasa Arab 
dipanggil "dayn".
Dinar dan dirham adalah termasuk dalam kategori 'ain' manakala wang kertas pula termasuk 
di dalam kategori 'dayn'.
Wang kertas dipanggil 'fulus' kerana ia hanya mewakili wang dan ia tidak mempunyai nilai 
sebagai barangan.
Oleh yang demikian, adalah penting bagi umat Islam untuk beralih kepada dinar dan dirham 
sebagai medium pembayaran zakat.

publicdinar1_clip_image009.jpg 
Untuk membayar mas kahwin.
Mas kahwin ialah dibayar oleh seorang suami kepada bakal isterinya. Ianya dibayar kepada 
isteri sebagai tanda menghormatinya dan juga menunjukkan kesungguhan mengahwininya 
seta tidak sewenang-wenangnya memasuki kontrak perkahwinan tanpa rasa tanggungjawab 
di pihaknya.
Di Malaysia misalnya, salah seorang artis popular yang menggunakan dinar sebagai mas 
kahwin ialah M Nasir ketika berkahwin dengan Marlia Musa. Mas kahwin mereka ialah 
13 dinar.

publicdinar1_clip_image011.jpg 
Dinar sebagai hadiah.
Memandangkan emas mempunyai sifat cantik, sukar diperoleh dan mempunyai nilai 
intrinsiknya yang tersendiri, ia amat sesuai diberikan sebagai hadiah. Ini kerana emas 
begitu dihargai oleh manusia. 
Sebab itu kita boleh lihat generasi tua mewariskan barangan kemas kepada generasi 
muda, contohnya subang, rantai, gelang cincin dan sebagainya.
publicdinar1_clip_image013.jpg 
Sebagai medium pertukaran yang sah bagi urusan jual beli.
Emas ialah wang yang terunggul. Kenapa? Kerana ia memenuhi ciri-ciri sebagai wang. 
Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagikan, mudah dibawa, diterima oleh seluruh 
manusia dan tidak boleh dimusnahkan.
Sejak 3000 tahun emas telah digunakan sebagai wang oleh manusia (syiling emas 
pertama ditempa di Lydia kira-kira 700 tahun SM). Fungsi emas yang utama telah dikenal 
pasti sebagai medium pertukaran yang unggul. Sejarah wang kertas dan logam murah 
yang tidak disandarkan kepada emas dan perak cuma bermula kira-kira 4o tahun 
(1970 sehingga sekarang)
4.http://www.publicdinar.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails