Wednesday, 22 December 2010
PUM sokong guna dinar dirham
Emas adalah wang yang paling stabil pernah digunakan manusia dan ia telah terbukti digunakan sejak awal tamadun Islam sehingga ke hari ini.
Kestabilan nilai emas dapat mengelakkan berlakunya inflasi dan krisis ekonomi.
Emas tidak boleh dicetak sewenang-wenangnya.
Sumber: Harian Metro 23/12/2010
Beli Emas Sekarang
Beli Emas Sekarang - Artikle 2008 by Syukur Jutawanemas |
Beli Emas Sekarang! lagi cerita mengenai emas. Ditulis pada 11 November 2008 – 1:06 pm | by syukor | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca jutawanemas sekalian? Harap-harap tu sihat lah ye… kalau rasa kurang sihat. rajin-rajin lah bersenam… senaman ringan.. light jogging.. jalan-jalan. Kenapa ye? Well, kesihatan nie sangat penting.. nak kerja cari duit dan beli emas, badan kenalah sihat dulu… so, sebelum pikir pasal emas… fikirkanlah pasal kesihatan anda . Ok, sekarang saya ingin berkongsi maklumat yang saya perolehi dari sebuah buku. Tajuknya “Ruff’s Little Book of BIG FORTUNES IN GOLD and SILVER, A Middle Class License to Print Money”. Pengarangnya ialah Howard Ruff. Buku ini saya beli dari www.amazon.com Ruff merupakan seorang penulis, penasihat kewangan dan gemar melakukan aktiviti- aktiviti kemanusiaan. Sebagai seorang penulis, beliau telah menulis satu newsletter kewangan yang bertajuk The Ruff Times. Newsletter ini telah ditulis beliau selama 33 tahun. Newsletter The Ruff Times ditulis untuk sebagai panduan kewangan kepada orang biasa, macam kita nie. Dengan kata lain, sebagai penasihat kewangan tugas beliau ialah memberikan cadangan pelaburan kepada pelanggan newsletter dengan tujuan membantu orang-orang biasa memilih pelaburan yang menguntungkan. Anda boleh melawat website beliau di http://www.rufftimes.com Pada bulan Julai 1975, beliau telah menggesa pembacanya newsletternya untuk membeli emas (ketika itu berharga USD120/Oz) dan perak (USD2/Oz). Lima tahun kemudian (tahun 1980), beliau telah mencadangkan pembaca newsletter beliau untuk menjual emas dan perak tersebut (harga emas ketika itu USD750/Oz dan harga perak ialah USD35/Oz). Pheww.. untung besar tu Selepas itu, selama 20 tahun beliau telah mencadangkan agar pembaca newsletter beliau membeli saham, bon, hartanah dan juga pelaburan tradisi yang lain. Ini kerana beliau telah memaklumkan kepada pembacanya bahawa trend kenaikan harga emas dan perak sudah berakhir pada tahun 1980. Kemudian, pada tahun 2006, beliau telah menulis buku ini yang bertajuk Ruff’s Little Book of BIG FORTUNES IN GOLD and SILVER, A Middle Class License to Print Money”. Beliau menjangkakan emas dan perak akan menjadi pelaburan yang menguntungkan sekali lagi.. kenaikan besar harga emas dan perak akan berlaku lagi. Beliau mengatakan bahawa kesilapan terbesar seseorang pelabur pada waktu ini ialah jika tidak mengambil peduli tentang emas dan perak. Ini kerana emas dan perak masih berada di peringkat awal kenaikan harga. Jangkaan beliau? emas boleh mencecah USD2172/Oz dan perak boleh mencecah USD100/Oz. Beliau menerangkan terdapat 3 fungsi utama emas dan perak yang perlu difahami oleh individu. Justeru saya ingin berkongsi dengan pembaca agar ianya jelas kepada kita tentang matlamat membeli, menyimpan dan membuat pelaburan emas: 1. Syiling emas dan perak sebagai insurans (non-investment) 2. Emas dan perak sebagai rizab kerajaan bagi menyokong nilai matawang negara (non-investment) 3. Emas dan perak sebagai satu pelaburan apabila tiba masa yang tepat dan sesuai. Huraian: 1. Emas dan perak sebagai insurans. Kita perlu memiliki emas dan perak sebagai persediaan terhadap situasi-situasi yang tidak terjangka. Sebagai contoh, berlakunya rusuhan, peperangan, hyper inflasi atau virus komputer dimasukkan ke dalam komputer bank negara menyebabkan wang di dalam sistem perbankan lesap. Hm… nampak macam susah nak berlaku.. tapi ada kemungkinan untuk berlaku. Jadi, ianya lebih kepada insurans. Seperti insurans rumah dan kereta, ianya bertujuan melindungi kekayaan kita, just in case tragedi berlaku. Ini kerana apabila wang kertas tidak boleh digunakan maka emas dan perak boleh digunakan sebagai wang. 2. Emas dan perak sebagai rizab menyokong nilai matawang negara (non-investment) Emas dan perak telah lama menjadi penyokong nilai matawang sesebuah negara. Amerika Syarikat sebagai contoh dahulunya mempunyai standard emas dan perak yang tersendiri di mana setiap US Dollar yang dicetak akan disokong oleh nilai emas/perak yang sama nilainya di dalam simpanan. Sehingga tahun 1934, sesetengah wang kertas Amerika boleh ditukar dengan emas/perak yang sama nilainya. Fakta yang menarik kan? Pada tahun 1971, Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Richard Nixon telah mengistiharkan bahawa USD tidak boleh ditukarkan dengan emas. Jadi emas dan perak tidak lagi digunakan untuk menambat nilai matawang USD. Hasilnya ialah wang fiat iaitu wang yang tidak disandarkan kepada mana-mana aset yang bernilai. Nilai wang berdasarkan persepsi pengguna bahawa ianya adalah wang dan bernilai. Wang fiat cuma bernilai kerana arahan/paksaan pemerintah. Kalau dalam konteks Malaysia pulak.. senang jer.. cuba saudara/i renung kat duit kertas kita. Nampak tak perkataan nie: “WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI”… hehehe.. wang kertas Malaysia pun ialah wang fiat. Ini kerana kertas itu sendiri tidak ada nilai… yang menyebabkan matawang kita bernilai ialah kerana undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia mengiktiraf kertas bercetak itu sebagai wang. Apa akan jadi jika wang fiat tidak diiktiraf kerajaan? Jawapannya.. wang tu tak laku lah… Ingat tak lagi kisah syiling RM1? mesti ingat kan? dulu kita selalu guna syiling RM1 nie untuk beli apa-apa. Namun, mulai 7 Disember 2005 syiling ini telah diistiharkan tidak sah diperlakukan oleh Bank Negara Malaysia dan dikeluarkan dari pasaran. So sesiapa yang menyimpan wang syiling RM1 nie.. hehehe… wang itu sudah tiada nilainya… Saya sendiri ada menyimpan syiling RM1 nie.. just untuk kenang-kenangan ajelah. Kalau syiling emas cammana? boleh kerajaan cakap tak laku? Sudah tentu tak boleh. Nampak tak? Hebatnya emas dan perak. 3. Emas dan perak sebagai satu pelaburan apabila tiba masa yang tepat dan sesuai. Bagi Howard Ruff, apabila tiba masa yang tepat, emas dan perak boleh menjadi pelaburan yang sangat menguntungkan. Kita mendapat keuntungan apabila membeli pada harga rendah dan menjual semula pada harga yang tinggi. Soalan? Bila masa yang tepat untuk membeli emas? Jawapan: Sekarang! Ruff menjangkakan akan berlaku kenaikan tinggi harga emas dalam tempoh 8 – 13 tahun (daripada tahun 2006). Sebarang pelaburan di dalam emas dan perak akan memberikan pulangan yang sangat lumayan kepada pelabur. Beliau juga berkata, sesiapa yang tak memperdulikan emas dan perak sekarang akan rugi besar. Kata-kata Ruff yang dipetik dari bukunya. So sedara dan sedari sekalian, marilah kita bersedia mengaut keuntungan daripada pelaburan emas dari sekarang. Apapun harga emas sekarang.. kita beli ajer… sebab dalam jangka masa panjang kita tetap akan untung Belilah emas sekarang.. sementara masa dan stok masih ada. |
Monday, 20 December 2010
Tun Dr. M galakkan orang ramai menyimpan dalam bentuk EMAS
Tun. Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai EMAS lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.
Beliau berkata nilai mata wang tidak terjamin kerana ianya bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.
Menurutnya, adakalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan dalam sesebuah negara.
"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun EMAS boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga diseluruh dunia.
"Simpanan EMAS lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini.
Monday, 6 December 2010
Gold Hits Yet Another Record High
Assalamulaikum para pembaca sekelian. Harga emas malam tadi telah merekodkan nilai tertinggi. Sila lihat graf bewarna hijau di bawah. Diantara sebab kenaikan mendadak ini adalah pertamanya alasan Bernanke mengenai mencetak lebih banyak US dollar sepertimana yang dilampirkan dibawah dan keduanya Euro diramal akan hancur oleh Ex Fed Chairman Alan Greenspan dengan krisis matawang sekarang.
Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
P.M. Kitco Metals Roundup: Comex Gold Ends Higher, Flirts with All-Time High, on Bernanke Remarks, European Union Woes |
Comex gold futures prices Monday ended higher, hit a fresh four-week high and are now within striking distance of the all-time record high of $1,426.00 an ounce, basis February futures. Reports said spot gold priced in the Euro currency did hit a new record high overnight. The precious metals are seeing fresh demand following bullish comments made from Federal Reserve Chairman Ben Bernanke and by heightened uncertainty regarding the health of the Euro currency. February Comex gold last traded up $9.90 at $1,416.10 an ounce. Spot gold last traded up $0.90 at $1,416.00. Precious metals prices got a boost overnight following Bernanke's comments made on the Sunday evening U.S. television program "60 Minutes." The Fed chairman said it's very possible the Fed could expand its latest economic stimulus package if conditions warrant--ostensibly printing more U.S. dollars and further raising the specter of inflation. He also said he is "100% sure" the Fed is taking the right steps to fix the U.S. economy. However, many felt the Fed chief's appearance on the TV program did not instill investor confidence in the Fed's recent actions. The U.S. dollar index traded higher Monday as traders shrugged off the dollar-bearish comments from Bernanke and instead focused on the financial woes of the European Union. The EU's sovereign debt problems saw the heat turned up over the weekend by the European press, which highlighted the present plight of the European Union and the Euro. On Friday, former Fed Chairman Alan Greenspan implied the Euro currency could not survive. The London P.M. gold fixing was $1,415.25 versus the previous P.M. fixing of $1,403.50 an ounce. Technically, February Comex gold futures closed near mid-range Monday, hit a fresh four-week high and are within easy striking distance of the all-time high scored last month. The gold market bulls have the solid near-term technical advantage. There are no early technical clues to suggest a market top is close at hand. A four-month-old uptrend is in place on the daily bar chart. Gold bulls' next near-term upside technical objective is to produce a close above strong technical resistance at the all-time record high of $1,426.00 in February futures. Bears' next near-term downside price objective is closing prices below solid technical support at $1,383.00. First resistance is seen at Monday's high of $1,422.40 and then at $1,426.00. Support is seen at Monday's low of $1,409.80 and then at $1,400.00. Wyckoff's Market Rating: 8.5. March Comex silver futures closed up 55.9 cents at $29.84 an ounce Monday. Prices closed near mid-range and hit a fresh contract and 30-year high. Gold was supported by stronger gold prices Monday and ignored bearish "outside markets" that included a stronger U.S. dollar and weaker crude oil and U.S. stock index futures prices. The silver bulls have the solid near-term technical advantage. Silver prices are in a four-month-old uptrend on the daily bar chart. The next downside price objective for the bears is closing prices below solid technical support at $28.00. Bulls' next upside price objective is producing a close above solid technical resistance at $31.00 an ounce. First resistance is seen at Monday's high of $30.115 and then at $30.50. Next support is seen at Monday's low of $29.48 and then at $29.00. Wyckoff's Market Rating: 9.0. March N.Y. copper closed up 110 points at 401.00 cents Monday. Prices closed nearer the session high and hit another fresh three-week high. The key "outside markets" were in a bearish posture for copper Monday, as the U.S. dollar index was higher, while crude oil and the U.S. stock indexes were lower. Yet, copper rallied anyway, which is bullish for the red metal. Prices also pushed above major psychological resistance at $4.00, which is also bullish. Copper bulls have fresh upside technical momentum. Bulls' next upside objective is pushing and closing prices above solid technical resistance at the November high of 408.75 cents. The next downside price objective for the bears is closing prices below solid technical support at 380.00 cents. First resistance is seen at Monday's high of 402.90 and then at 405.00 cents. First support is seen at Monday's low of 397.45 cents and then at 395.00 cents. Wyckoff's Market Rating: 8.0. By Jim Wyckoff of Kitco News; jwyckoff@kitco.com |
Thursday, 2 December 2010
Menteri Perancis pula risau
Menteri Perancis bidas Eric Cantona
PARIS 2 Dis. - Menteri Ekonomi Perancis menggesa bekas penyerang kelab bola sepak Inggeris, Manchaster United, Eric Cantona supaya menumpukan kerjayanya kepada sukan bola sepak dan jangan mencampuri urusan dalam krisis kewangan yang sedang dihadapi negara ini.
Teguran itu dibuat setelah pemain itu membuat kenyataan menggesa penduduk Perancis mengeluarkan wang simpanan mereka daripada bank sebagai hukuman terhadap mereka (bank-bank) yang menyebabkan berlakunya krisis kewangan di negara ini.
"Cantona memang tidak asing dengan kontroversi. Dia seorang pemain bola sepak yang hebat, tapi saya percaya kita tidak perlu mengikut semua saranannya," kata Christine Lagarde dalam satu sidang media.
Dalam satu wawancara filem yang dirakam bulan lepas yang turut menjadi perbualan di YouTube, Cantona berkata, setiap orang perlu memulakan revolusi dengan mengeluarkan wang mereka yang disimpan di bank-bank.
"Tiada senjata, tiada darah," katanya yang menggunakan kad nama perompak bank Perancis terkenal Albert Spaggiari, yang melakukan rompakan besar pada 1976 melarikan berjuta-juta mata wang franc dengan menebuk satu laluan memasuki sebuah cawangan bank Societe Generale.
"Masing-masing mempunyai kepakaran.
"Ada orang pakar bermain bola sepak, dan saya sendiri tidak berani untuk mencubanya," kata Lagarde, ketika ditanya mengenai cadangan Cantona itu.
"Saya fikir lebih baik setiap orang menumpukan kepada kepakaran masing-masing," tambah Lagarde.
Seruan Cantona itu telah disambut oleh Stop Banque, sebuah gerakan yang berpusat di Perancis yang akan menganjurkan satu kempen pengeluaran wang daripada bank pada 7 Disember ini.
Pergerakan itu mempunyai 10,872 pengikutnya di Facebook. - REUTERS..... Utusan Malaysia
Subscribe to:
Posts (Atom)