Tuesday, 19 June 2012

Testimoni GCP 05

Dalam mengiyakan bahawa emas menyelamatkan keadaan, pengalaman sendiri menjadi sandaran. Beberapa kali teman rapat dan kenalan baru meminjam ribuan RM dengan meletakkan barang kemas sebagai jaminan. Tiada kerisauan, tiada keraguan, tenang-tenang saja saya memberikan pinjaman. Sampai masa mereka membayarnya kerana mereka sayangkan barang kemas mereka, apatah lagi nilainya lebih tinggi daripada wang yang mereka pinjam. Saya gembira kerana dapat membantu mereka tanpa risaukan risiko wang tidak dipulangkan. Dulu, kini dan selamanya saya berkepercayaan bahawa emas menyelamatkan keadaan.
Namun saya sendiri tidak menyimpan emas kerana tumpuan saya pada masa lalu adalah untuk membeli rumah dan tanah. Adanya peluang membuat pinjaman dengan perbendaharaan Malaysia dan bank, saya sentiasa merebut peluang untuk membeli tanah dan rumah sehingga saya tidak terfikir untuk membeli emas berdikit-dikit. Ini adalah kerana saya asyik dengan kenaikan nilai tanah dan rumah yang tinggi saban tahun.
Namun, kini setelah keupayaan meminjam dengan perbendaharaan Malaysia sudah tiada lagi kerana saya telah bersara, maka baru saya terfikir, seandainya saya menyimpan dalam bentuk emas sudah pasti saya telah boleh membeli sebuah lagi rumah untuk disewakan atau dibuat kedai untuk perniagaan saya. Bayangkan wang simpanan saya di Tabung Haji, di Koperasi, di Bank dan saham-saham bila saya jumlahkan tidak kurang daripada RM200,000. Jika kenaikan harga emas 20% setahun bermakna setiap tahun saya boleh dapat RM40,000. Kalau lima tahun? Saya boleh dapat RM200,000 lagi!!!!! Waaaa!!!!! Ruginya saya tidak membuat perkiraan bersandarkan rahsia yang memang telah ada dalam genggaman. Saya tidak sedar wang itu telah dan sedang digigit inflasi, nilainya tidak meningkat, tapi merosot terus-terusan!
Rumah dan tanah yang saya miliki tidak boleh dicairkan sekelip mata, nak cari pembeli sahaja tidak kurang daripada enam bulan. Proses mendapatkan kelulusan untuk menjual (bagi tanah) perlu mendapatkan kelulusan Menteri Besar. Lamanya tak dapat dijangka. Kalau emas? Tak sampai satu jam pun dah selesai.
Namun, yang lepas biarkan berlalu sebagai pengajaran yang sangat berharga. Untuk masa hadapan, saya perlu bertindak segera.
Saya baru sahaja memulakannya bulan lepas dengan menukarkan RM berisiko susutan itu kepada emas fizikal bernilai RM10,000.00. Insya Allah mana-mana simpanan lain akan saya korek dan korek untuk ditambunkan ke emas fizikal. Di mana saya nak membelinya? Mana-manapun boleh, tapi sudah pastinya saya mahu yang terendah harganya tanpa jejasan kualitinya.
Wan Azizah Daud (AD2977) yang saya kenali melalui satu seminar Rawatan Holistik Terapi telah telah membuat saya teruja dengan memperkenalkan saya kepada syarikat emas yang operasinya sangat bertepatan dengan falsafah kehidupan saya. ‘RESTU ILAHI’ adalah yang saya cari. Maka GCP menjadi pilihan hati. Dengan membayar hanya RM1,000.00 saya telah boleh menjadi ahli dengan mendapat faedah harga yang lebih rendah daripada pasaran. Yang paling penting ialah daripada RM1,000.00 itu 30% akan diinfakkan ke rumah-rumah Allah, ke sekolah tahfiz, rumah anak yatim dan seumpamanya. Kedudukan di sisi Allah itulah yang memikat hati saya kepada GCP. Kesukaan saya ini bertambah apabila saya mendapat maklumat bahawa GCP tidak lupa berzakat setiap tahun!
“Jika ingin mencari kekayaan, carilah dahulu Pemilik Kekayaan itu” Inilah falsafah kehidupan yang saya pegang dan GCP saya dapati adalah seiringan dengan kecintaaan saya. Justeru, GCP, menjadi pilihan hati. Saya adalah dealer yang akan terus bersamanya insya Allah… https://www.facebook.com/sopiah.jamin Sopiah Jamin AD3060 (Tel:0199852724).

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails